Saturday, July 18, 2009

Tailor

Daddy's girl..







Ni cerita last week,sebenarnya kain ni dah beli last month lagi tapi dok bertangguh je nak hantar ke tailor.So last week saya gagahkan juge diri ke tailor untuk hantar baju raya..(yea yea je baju raya kang siap awal memang ku sebat pakai dulu.. :p)

So masa sampai kat tailor tu sebenarnya dia dah closed untuk tempahan baju raya..tapis setelah beberapa kali adegan tolak menolak kain berlaku..ha..ha..akhirnya tailor tu pun mengalah la...accept juge kain tu kih..kih..yela saya kan regular customer dia,every month memang hantar baju kat dia. Alhamdulillah nasib dia nak terima lagi walaupun dia tak ambik semuanya kalau tak memang haru la kena cari tailor lain.Dah selesa dengan diakan,tapi saya ada 1 lagi tailor kat Seremban.Nyonya ni jahit sedap juge tapi yang tak berapa nak sedap tu price nyonya ni lebih mahal dari kakak kat Melaka ni.Yela Seremban kan bandar,Masjid Tanah ni luar bandar so banyak cost dah jimatkan. Mmm..dalam kepala ni dok berkira-kira mana nak hantar lagi 3 pasang baju tu ye??Saya hantar 5 pasang dulu baju kurung saya + 2 pasang untuk Mia.Saya ada beli 3 pasang kain viscose...2 for me and 1 untuk my girl..selesa pakai kain ni..


Pink & blue tu yang saya, yang colourful viscose tu untuk Mia..Mia saya beli 1/2 m je sebab kain ni lerang besar..




Monday, July 13, 2009

Another back dated entry


Aduh..macam kura-kura rasanya sekarang ni..memang terpaksa take a long time nak update blog..banyak lagi cerita2 yang dah berkurun tu tak sempat nak update..ok kali ni nak cerita sikit progress Ez dalam swimming lesson dia.

Dah banyak berubah dah..he can swim sekarang..hari tu masa last week hantar pegi swimming lesson tengok kejap so nampak dia dah improve..dah berani and most important thing dah boleh swim..sampai Erfan pun cakap,mummy abang dah boleh swim macam fish..hik..hik..kelakar la Erfan dia. pastu dia sambung lak lagi,Erfan pun boleh swim tapi Erfan tak nak jadi fish,Erfan nak jadi tiger.Ha????Apakah itu??Ish..macam2 budak kecik ni..main belasah je keluarkan idea dia..



Ok kat sini jugak saya nak tepek sikit cerita pasal prezent yang saya dapat masa birthday hari tu sorry le sesangat tuan yang bagi pressie ni lambat saya ni update cerita..the birthday prezent came far away from Temerloh..THANKS alot RUZI for the nice bag..really appreciate it..

Wednesday, July 8, 2009

Muara Ikan Bakar,Tg Harapan


Ni sebenarnya cerita masa cuti sekolah hari tu..kira macam dah basi la juge kan tapi still nak update gak la kat blog ni.. ;p Kitaorang gi makan kat Muara Ikan Bakar,Tg Harapan.






Saya suka gi makan kat muara ikan bakar ni..my hubby la yang introduce tempat ni.Dulu masa mengajar kat Sentul,selalu la kitaorang gi makan kat sini. Since dah balik duduk Melaka ni jarang la sikit.Tempat ni memang best sebab banyak choice of seafood..pastu tu environment pun selesa..servis pun ok.Food preparation tak ambil masa yang terlalu lama..



Masa makan Mia pun ok tak banyak ragam cuma Erfan je la kejap nak duduk kejap nak turun..hai mengada2 betul la budak sorang ni tau..


Our food..



Nak balik dah..


Mia pun dah penat..nak tido

Monday, July 6, 2009

Demam+Selsema

Hari ni mc..sebabnya saya diserang demam+selsema yang amat teruk..dah pegi clinic..dapat MC untu hari ni tapi kalau tak ok lagi esok boleh sambung MC lagi.Lepas makan ubat pagi tadi..terlelap sekejap bangun tadi rasa macam dah ok sikit cuma still ada running nose lagi & sakit tekak..ni sure gara-gara banyak sangat makan durian& rambutan..adoi la..
Saya ngeri betul bila tengok news kat AWANI malam tadi(kenapa tv3 takde haaa???) ada 39 students AKADEMI LAUT MALAYSIA(ALAM) kena kuarantin sebab suspected H1N1..ALAM tu dekat bebenar ngan sekolah saya pastu ada students kat sekolah tu parents diaorang staff ALAM dan ada juge colleagues saya husband dia pun lecture kat sana..hopefully nothing serius..cepatla segala wabak ni berlalu..ish..ish susah betul dibuatnya nak keluar umah pun kena limitkan kalau tak penting memang tak keluar..
Kat sini ada sedikit info to share with u guys out there tentang H1N1 ataupun nama glamournya SELSEMA BABI

Selsema Babi merujuk kepada influenza (demam selsema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia).Bagaimana ia menjangkiti manusiaWabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.
Tanda dan simptomSimptom utama bagi selsema babi pada manusia.[14]Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).[16]

*Bertambah la risaunya saya bila mengenangkan tak jauh dari sekolah tu ada kandang babi yang cukup besar tau..entah bila la kerajaan negeri nak tutup tu.. :(

Saturday, June 27, 2009

Sekolah Ganti & Mia



Hari ni Sabtu ada sekolah ganti untuk Hari Raya Puasa nanti..tapi hari ni sekolah saya buat Hari Terbuka..Ibubapa datang sign report card lepas tu boleh bawa anak balik terus..wahhh bestnye so maknanya takde class la hari ni kan..Start pukul 9 pagi, around 11 class ramai student dah balik tinggal 3 orang je anak guru..hi..hi..bengang je budak2 tu especially Ez la..sorry ok,kalau mummy awak cikgu disekolah yang sama memang tak merasala nak balik awal..


Oh lupa pulak,semalam saya dah ambik Mia kat Seremban so hari ni saya hantar dia kat rumah sedara kawan saya kat sekolah ni. Rumah kakak tu pun dekat je dengan sekolah. Mula2 risau juga takut Mia nangis tapi alhamdulillah bila hantar tu dia ok je..cuma dia buat muka confused sikit,bila ambik tu orang tu kata Mia ok takde la nangis @ melalak2..GOOD GIRL..Mia sekarang dah makin lasak & mulut makin becok(Daddy kata ikut mummy dia???Ye ker? ;p). Dah merangkak then akan cari kerusi @ meja untuk dia pengang dan cuba berdiri. Tak boleh tinggalkan sorang-sorang takut jatuh sebab bila dia dapat berdiri dia akan lepas tangan.Wah! Sungguh besar hajat budak kecik ni..esok Mia turning 8 months..

Thursday, June 25, 2009

BACK FOR GOOD...

Alahai tajuk..hik..hik..
Lama oo menghilang..tak update blog..kalau umah ni dah berhabuk dah la kot. Mmm kemana menghilang ye?? Hu..hu.. sibuk sebenarnya..macam-macam nak kena settle & dalam masa yang sama sesuatu yang berharga juge hilang..takde mood nak update blog..online or even browse internet. Sedih s0b!!sob!!sob!! PC umah hubby hantar repair so mati kutu la saya.Kat sekolah memang tak sempat nak online punye..ok this time saya dah kembali..insyallah saya akan update cerita2 yang berkepuk menunggu tu slowly ye..Harap-harap weekend ni kami ada masa nak survey new lappy...ADIOS untuk kali ini

Wednesday, June 10, 2009

Ez & Swimming Lesson

Ingat tak saya penah kata nak continue semula Ez punye swimming lesson..kenapa berhenti dulu ye??Ooo masa tu age Ez baru 4 years then dia selalu kena asthma,so doc advised supaya tak berendam dalam air lama2 so kami stop kan dia dengan swimming class tu..sekarang dia dah besar,dah 7 years kan..so nak continue la balik.
Kena register balik(swimming fee RM400 including water insurans)belajar sampai pandai..pastu instructor suruh cari google yang anti fog*mujur la sekarang ada SALE kan jumpe la brand OGIVAL ada less 10% dari RM49.90..pastu cari swimming attire juge dari OGIVAL after less dapat la RM54.00. Masa nak bayar Erfan pun melalak nak 1..tapi tak beli pun ke dia sebabnya baru ni kitaorang baru beli swimming trunk dia OGIVAL gak kat Jusco pastu hari tu kat Pangkor dia dah beli google yang yang below RM10 tu ha..jadi la buat main2 kan..kejap je la melalaknye,umpankan dengan toy senyap la dia.
So swimming lesson Ez tu akan start balik this weekend.Hubby pilih class untuk every Saturday & Sunday evening kat swimming pool Tg.Bidara Beach Resort..instructor tu bagi target at least 6 months la untuk mahir semua stroke yang dia akan ajar..entah la..mula2 sure meraung kot sebab dia kan penakut..kitaorang jadi geram bila tengok dia asyik dok mandi kat kiddies pool tu ha..penakut sungguh. Harap2 cepat la ko pandai Ez next year ada rezeki boleh daddy hantar Erfan lak..sebab kat situ diaorang nak learner at least age 4 tahun,ye la yang boleh dengar arahankan..