Monday, December 14, 2009

Al-Fatihah

Petikan suratkhabar UTUSAN MALAYSIA online hari ini

Pemuda, bapa mertua mati lemas

DUNGUN 13 Dis. - Seorang pemuda yang baru tujuh bulan melangsungkan perkahwinan mati lemas bersama bapa mertuanya ketika mandi di Pantai Rantau Abang di sini hari ini.

Mangsa ialah Badrisham Abd. Majid, 29, dan bapa mertuanya, Elias Ismail, 54, ketika cuba menyelamatkan Badrisham daripada hanyut dibawa ombak.

Lebih memilukan, mangsa dikatakan bakal menimang cahaya mata apabila isterinya, Atiqah Elias, 27, baru empat bulan mengandung.

Menurut adik ipar mangsa, Nashrah Farahiyah Elias, 19, dia bersama ibunya, Latifah Abdullah, 50, datang ke Terengganu untuk menemani Atiqah menghadiri temu duga kali kedua untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kemaman sambil bercuti bersama keluarga.

Katanya, dalam kejadian pukul 10 pagi itu dalam keadaan ombak kuat, mereka pada awalnya mandi di pantai berdekatan calet penginapan.

"Namun Badrisham kemudiannya pergi ke kawasan agak dalam. Tiba-tiba dia (Badrisham) terkapai-kapai dan ayah bergegas mahu menyelamatkannya.

"Ayah sempat memegang tangannya namun terlepas akibat ombak besar dan mereka sama-sama lemas," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun di sini hari ini.

Tambahnya, disebabkan ombak kuat, kedua-dua mangsa dihanyutkan ke daratan sebelum beberapa pekerja calet datang memberikan bantuan.

Menurut Nashrah, dia dan keluarganya tiba di calet tersebut pada pukul 10 malam semalam selepas bermalam di Cherating, Pahang malam sebelumnya.

Ujarnya, sepatutnya mereka sekeluarga pulang ke Johor Bahru hari ini namun disebabkan ayahnya bersungguh-sungguh mahu bercuti ke Dungun, mereka menginap di calet berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Noor mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

"Mayat Elias akan dibawa balik ke Batu Pahat manakala Badrisham ke Shah Alam hari ini," katanya.

Uncle lias merupakan one of our relatives kat Batu Pahat..Jenazah kedua-duanya telah selamat di kebumikan awal pagi tadi.Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin..Buat Atiqah,wife Badrisham yang sedang pregnant their 1st baby..semoga tabah. Takziah buat the family..

1 comment:

  1. Salam Takziah utk keluarga Arwah...

    Al-Fatihah

    ReplyDelete

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain 'entry' berjumpa lagi

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015