Monday, December 28, 2009

BERHIJRAH

Tahun 2010 ni
saya akan bertugas di sekolah baru
Mmmm macam mana nak gambarkan perasaan ye..
Mix feeling sekarang ni
8 tahun kat sekolah lama..
Tiba-tiba ditukarkan ke sekolah baru
Terkejut juge la rasanya..
Sedih nak berpisah
dengan kawan-kawan
ada antaranya yang memang saya rapat
tapi takpe tak bermakna tukar sekolah
persahabatan pun terputuskan
Saya positif dengan pertukaran nie
Mungkin ada hikmah disebalik semuanye
Rata-rata rakan2 bagi kata2 peransangan
dah komen2 yang positif
so 2010 saya akan mula berkhidmat di
SK Sri Laksamana
5 minit drive dari rumah..
berbanding sekolah lama jaraknya dari rumah
hampir 10km..
Dimana pun saya berkhidmat itu bukan alasan
untuk memberi yang terbaik dalam
mendidik anak bangsa..insyallah
I always believe..there will be a rainbow after this heavy rain...insyallah

Dalam hidup ni kadang-kala kita perlukan perubahankan..
Doakan la semoga saya akan lebih success dia sekolah baru ye..
YEHAAAA..tinggal seminggu je lagi sebelum kembali ke sekolah semula

Thursday, December 24, 2009

Apa Dah jadi nie??

Mangsa malam kejadian..
Subbahanallah....
Mengucap panjang saya masa ni
Time ni mummy & daddy tengah solat Maghrib
Ez pulak pegi mengaji..
Mia dengan Erfan je yang ada
Erfan tengok tv time tu
Masa tengah solat tu
mummy dah tak khusyuk dah se benarnya
Pasang telinga nak tahu
Apa yang cik Mia godakkan tu
Senyap je dia
Tapi sekali sekala dengan la Mia bebel2
Selesai je solat sekali tu mummy tengok Mia
MasyaAllah..apa dah jadi nie???
Dia boleh main lipstick??
Ha??Main lipstick..lipstick hancus tu satu hal..
Dia boleh lenyek2 lipstick atas lantai..
Nak mengemop lantai tu satu lagi hal..
Nak membersihkan dia
satu lagi hal besarnye t uh..
Tension sungguh dengan budak bertuah ni la..

Monday, December 21, 2009

Zoom Melaka..Zoom Malaysia

Minggu lepas Kami saje je jalan-jalan pusing town Melaka Saje menyesakkan lagi Banda Hilir tu Hik..hik.. Dapat parking kat area Bangunan Merah So apa lagi harus la turun jalan-jalan kan Maleh nak cite panjang Layan je la gambar 3 orang Melaka Yang sibuk nak jalan-jalan kat negeri sendiri ye Owh..sapa 3 orang tu??hik..hik..Daddy,Erfan & Mia la ye Mummy & Ez orang Seremban okay Tumpang duduk je kat Melaka ni he..he.. Apa-apa memang besh la.. Budak-budak tu pun happy Paling happy budak yang dapat mask tu la ye Cik Mia ok jer..sebab duduk dalam buggy kan..

Geramnya dengan Erfan..
Every time nak snap je sure nak pakai mask
Adoi hai..budak sorang nie
selamba je dengan mask TRANSFORMERS tu..

owh..saya sekarang tengah memBZ kan diri
maklumla sekolah dah nak bukak
so sekarang saya tengah menggila mengadap benda alah ini
PROGRAM MENYUSUN
TEACHERS' TIMETABLE 2010
Naik berpinar biji mata

Wednesday, December 16, 2009

SpLasH..sPlAsH kat Wet World

Memandang kan cuaca sangat cantik
Hari Isnin baru ni
Kitaorang decide untuk bawak budak2 ni
pegi WET WORLD kat Pedas.

Everytime lalu situ kalau ikut jalan lama
otw nak balik Seremban
Diaorang sibuk ajak singgah

Daddy asyik la cakap nanti..1 day
So memandangkan this is the time
Ye la cuti sekolah kan

so bawak la diaorang ke sini
Bukan jauh sangat pun
Dari umah kami kat Masjid Tanah tu
ke Wet world ni dalam 45 minutes drive la
otw tu cuaca tiba-tiba mendung
Alahai ni kalau hujan ni sure frust budak2 ni
Tapi alhamdulillah..sampai kat sana cuaca ok
Settle bayaran masuk segal
a
masuk je dah tak sempat2 dah budak2 ni

Erfan lambat sikit nak panas..
Biasa la budak sorang ni takut air..
Ez tu pun asalnya ma
cam tu jugek
Tapi sejak dah pegi swimming lesson ni
Berani la sikit

Mia jangan cerita la.
Memang hantu air makcik tu

Dalam kolam tu tak bagi orang dekat
Nak mandi jauh2 dari orang
Cheh macam la dah besar
Mujur ada Ez yang nak follow dia
Yang tak bestnya lazy river kat situ
Airnya sangat kotor

Tak masuk pun..tengok pun dah geli
Duduk kat area kids pool je
Ez dengan daddy je yang masuk
pool yang ada wave tu
Kita balik around 6.30

Masa tu ramai yang dah beredar
Sebab dah mula renyai2
Erfan siap kena paksa keluar
Kalau tak memang takde la dia
nak keluar

Nampak tak hujan renyai2 tu..
Pandai pulak dia kata
Mummy hujan la..
Tapi kalau tak paksa keluar
Takkan ada la dia keluar
Dan nak tahu tak..
Erfan adalah orang yang terakhir keluar dari kolam

Mujur bukan orang terakhir tinggalkan
Wet World sebab nya
Diaorang ada nite spa kat situ

So lepas ni boleh la kita pegi
A Famosa Water World pulak
Sebab Cik Mia ni memang sangat2 suka mandi kolam

Tuesday, December 15, 2009

Baru Je Plan

Baru je plan
Nak serbu Jusco Bandar Melaka
Yang akan buka pada 17 December ni
Tup-tup meletup la semalam..
1 mati 19 cedera..
La hai..mujur belum buka kan
Kalau tak sure lagi ramai mangsa
Majlis pembukaan pun harus la ditundakan..
Ngeri jer dengan letup..letup ni
Nauzubillah la..
MELAKA: Seorang maut manakala tujuh parah apabila paip gas di medan selera pusat beli-belah Jaya Jusco, di Bachang, di sini meletup, jam 1 tengah hari tadi. Jurucakap polis berkata, letupan dipercayai berpunca daripada paip gas yang bocor di medan selera berkenaan.

Psst..dari sumber2 yang boleh dipercayai kata
Sebenarnya mangsa yang meninggal lebih dari 1
Ye ker tidak..Wallahualam..

Monday, December 14, 2009

Petang Semalam

1 Hari di Hari Raya ha..ha.. eh tak la..raya dah habiskan.. nak christmas pulak ni ha.. just nak share kejadian yang berlaku PETANG SEMALAM.. Sebenar dah beberapa hari dah perasan Erfan kalau jalan sure jengket2 kaki kanan dia Tang tumit tu macam tak jejak Bila nak tengok tak bagi.. Tapi bila tanya..kenapa Dia cakap sakit..nampak macam ada selumbar End up semalam mummy dia dah tak sanggup nak tengok dia terjengket2 So dengan berhempas pulas berjaya juge Keluarkan selumbar tu.. Sambil Erfan melolong2 macam kena sembelih.. Ye la kalau tak keluarkan nanti Takut jadi benda lain lak kan.. Sekarang nampak ok sikit Tapi still tak jejak la tumit tu.. Sebab ada plaster kan.. POYOs sungguh Erfan ni la..
Muka sedey je..
Masa ni lepas beberapa minit kaki
digodek oleh mummy dia

Lepas tu ok sikit
Umpan pasang cd Power Rangers..

Al-Fatihah

Petikan suratkhabar UTUSAN MALAYSIA online hari ini

Pemuda, bapa mertua mati lemas

DUNGUN 13 Dis. - Seorang pemuda yang baru tujuh bulan melangsungkan perkahwinan mati lemas bersama bapa mertuanya ketika mandi di Pantai Rantau Abang di sini hari ini.

Mangsa ialah Badrisham Abd. Majid, 29, dan bapa mertuanya, Elias Ismail, 54, ketika cuba menyelamatkan Badrisham daripada hanyut dibawa ombak.

Lebih memilukan, mangsa dikatakan bakal menimang cahaya mata apabila isterinya, Atiqah Elias, 27, baru empat bulan mengandung.

Menurut adik ipar mangsa, Nashrah Farahiyah Elias, 19, dia bersama ibunya, Latifah Abdullah, 50, datang ke Terengganu untuk menemani Atiqah menghadiri temu duga kali kedua untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kemaman sambil bercuti bersama keluarga.

Katanya, dalam kejadian pukul 10 pagi itu dalam keadaan ombak kuat, mereka pada awalnya mandi di pantai berdekatan calet penginapan.

"Namun Badrisham kemudiannya pergi ke kawasan agak dalam. Tiba-tiba dia (Badrisham) terkapai-kapai dan ayah bergegas mahu menyelamatkannya.

"Ayah sempat memegang tangannya namun terlepas akibat ombak besar dan mereka sama-sama lemas," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun di sini hari ini.

Tambahnya, disebabkan ombak kuat, kedua-dua mangsa dihanyutkan ke daratan sebelum beberapa pekerja calet datang memberikan bantuan.

Menurut Nashrah, dia dan keluarganya tiba di calet tersebut pada pukul 10 malam semalam selepas bermalam di Cherating, Pahang malam sebelumnya.

Ujarnya, sepatutnya mereka sekeluarga pulang ke Johor Bahru hari ini namun disebabkan ayahnya bersungguh-sungguh mahu bercuti ke Dungun, mereka menginap di calet berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Noor mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

"Mayat Elias akan dibawa balik ke Batu Pahat manakala Badrisham ke Shah Alam hari ini," katanya.

Uncle lias merupakan one of our relatives kat Batu Pahat..Jenazah kedua-duanya telah selamat di kebumikan awal pagi tadi.Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin..Buat Atiqah,wife Badrisham yang sedang pregnant their 1st baby..semoga tabah. Takziah buat the family..

Sunday, December 13, 2009

Korang pernah tak??

Pernah tak korang rasa gemuk(mujur saya tak seperti cartoon diatas :D)
Seksanya la rasa nak maintain berat badan ni..
Dah la nak bagi turun susah..nak maintain lagi la susah ooo
Displin diri ada perkara utama
Kalau tak semua benda tak jadi Beruntungnya jadi orang yang kuat makan tapi badan susah nak naik.. Dulu penah try PROTEIN DIET Rasa macam susah je.. Hari ni nak share tips dari Majalah RAPI
PETUA DIET SIHAT
  1. Potong buah-buahan yang anda gemari dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
  2. Sekiranya anda pengemar roti, pilihlah roti jenis “wholegrain”.
  3. Hindari makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10%. Baca dahulu pada label makanan mengenai kandungannya.
  4. Pilihlah mentega yang kurang lemak.
  5. Catat semua makanan yang anda makan selama dua minggu. Percayalah anda akan terkejut!!
  6. Cari rakan untuk sama-sama berdiet. Secara tidak langsung ia akan memotivasikan antara satu sama lain.
  7. Cara baru untuk membantu anda berdiet, gunakan penyepit ketika makan. Tentu ia melambatkan anda makan.
  8. Utamakan kualiti berbanding kuantiti.
  9. Tambahkan sedikit rasa pedas atas rempah ratus dalam makanan bagi meningkatkan metabolisma tubuh anda.
  10. Soya alternatif terbaik untuk susu rendah lemak.
Wish me luck..

Harap-harap 2010 buka sekolah nanti
(mak aii berapa hari je lagi tuh!!)

Akan ada 1 perubahan ketara :p

owh,,kalau begini macam mana nak ngajarkan.. he..he..

Ha..ni baru betul hik..hik..

Friday, December 11, 2009

Mombloggersplanet Cutest Baby Smiling Contest

This is the 1st time join MBP contest..
Saja je suka-suka.
Pada rakan-rakan kat luar tu yang belum pernah menang
Any prizes dari MBP boleh join contest ni
All prizes courtesy of PhotoBook Malaysia
and Alicewonders
so guys out there
Jom la apa tunggu lagi
just klik je kat mombloggers planet contest page

Full name EDRIANA SAMIHAH bt MOHD SELAN
Age 1 year and 1 month old

I love to see my daughter SMILE because..

Her SMILE make my heart bloom like flower

Her SMILE brightens my day..

Her SMILE bring joy to my life..

if I'm in pain and I saw her SMILE the pain is no more there..
Her SMILE
will lights up my day and send away the gloom..
Mummy's girl keep on SMILING dear..

Thursday, December 10, 2009

SAYA DAH SELESAI

Alhamdulillah..syukur..
Saya dah habis final exam..
Maknanya selesai sudah seisi pembelajaran 4 tahun itu
Pejam celik pejam celik je
Kiranya dah almost done la dengan my UNI juge kan..
Yela nak gak tunggu result exam baru ni
Harap-harap semuanya ok
Kalau rajin next year sementara tunggu graduation day tu
Nak gak perbaiki CPGA yang tak berapa nak cantik tu ye..
Kalau rajin la..
Apa-apa pun syukur sangat
Segala pengorbanan..dah usaha selama ni
Dah hampir membuahkan hasil..
Kalau rajin lepas ni boleh sambung master pulak ye
He..he..kalau ada kelapangan & kerajinan..
So now its time for me to plan a holiday..
Hik..hik..kemana tu??
Biarlah menjadi rahsia dulu ye..

Tuesday, December 8, 2009

Kenduri Kawin

Weekend baru ni sibuk sungguh dengan kenduri kawin.
Hubby's nephew..kira cousin budak2 ni la..
Anak pak ngah diaorang..
Umah pengantin perempuan tak jauh sangat
So takde la kami menghantar pengantin jejauh sangat kan..
Sabtu umah perempuan,Ahad umah lelaki
The best part masa malam berinai kat umah Pak Ngah diaorang tu la..
Malam berinai umah perempuan kami tak pegi..
Ada bunga api..mercun segala..biasala orang Melaka
Kalau kenduri kendara memang meriah..
3 hari 3 malam tak selesai..
Penat toksah cerita ok..
Ezhan & Erfan lagi macam orang lupa diri
Jumpe sedara mara main ngalahkan apa..
Kalau ikutkan budak2 ni cousin diaroang semua dah besar2
Ada yang dah beranak pinak..
Yang baya-baya diaroang ni semua kira pangkat anak buah..
Mia pun sama..kemaruk semacam..
Muka confuse je masa dengar bunyi kompang
2 minggu lagi maklong diaorang lak nak buat keje kawin
This time niece hubby pulak nak kawin.
Time cuti ni orang kawin je la kan..

Mia masa ni tengah confuse dgr bunyi kompang..
Kami berarak hantar pengantin..kompang kat belakang tu

Ni bersanding kat umah perempuan.. Budak-budak ni kawan since form 2 thn 2002 kalau tak silap

Mia with her cousins..

Berarak masa malam berinai
The firework..

Mia yang keletihan..dah mengaruk..

Ahad takde gambar pengatin sebab mummy sibuk ok..sampai lupa nak ambik gambar

Friday, December 4, 2009

Jom pegi STARBUCKS

Since saya ni tengah kemaruk kumpul stamp dari Starbucks utk mendapatkan planner 2010 secara percuma.. so kalau ada kesempatan sure nak pegi. Termasukla time raya haji baru ni Yela kalau dah cukup 11 stamp tu dapat la redeem planner tu percuma Kalau tak kena beli RM50..mahal gak tu kan Dapat la berjimat he..he.. Jom layan gambar cik Mia yang tengah layan Toffee Nut Frappuccino dari Starbucks

Tuesday, December 1, 2009

Daddy,can I get a new bicycle??

Erfan request kat daddy dia masa breakfast 2-3 hari lepas
Tengah2 makan tu dia boleh pulak request nak basikal baru
He..he..kelakar betul Erfan ni.
Masa dia tanya daddy tu,daddy dia jawab la ok..
Tapi masih tak puas hati dia tanya lagik
Bila daddy??Petang ni ker?
Daddy angguk baru la cik abang tu puas ati.
Tapi yang tak bestnya sampai hari ni
Belum ada kesempatan nak gi kedai basikal
Malam tadi dia tanya lagi..
Bila biskal baru Erfan nak sampai??

Daddy dah bookinh ??
Mak aii macam nak beli keta lak ye Erfan
Main booking2..ha..ha..
Sian dia,so daddy promise hari ni nak gi beli.
Since dia dah pandai kayuh basikal ni
Petang2 sure nak kayuh basikal.
Sekarang ni dia duk kayuh basikal lama Ez je la..
TO DADDY,YOU BETTER KEEP YOUR PROMISE YE..

Dapat carik yang macam ni ok jugek kan..

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015