Sunday, August 15, 2010

Belacan..oh belacan..

gambar credit to google

Belacan Klebang bebas racun

MELAKA - Usah takut membeli belacan di negeri ini terutamanya di deretan 16 gerai menjual belacan yang terletak di Klebang di sini.Ini kerana belacan yang dijual di situ dihasilkan sendiri oleh peniaga tanpa menggunakan sebarang bahan pewarna berbahaya.Salah seorang peniaga belacan di Klebang, Abdul Malik Musa, 45, berkata, beliau membuat sendiri belacan yang dijual di kedainya."Senang nak kenal belacan yang dibuat sendiri, ia berwarna coklat keputihan, manakala belacan yang berwarna jingga atau merah biasa- nya mengandungi pewarna," katanya.Isu belacan mengandungi bahan pewarna berbahaya dibangkitkan Kosmo! dalam laporannya pada 16 Mac lalu dengan amaran bahawa bela- can berwarna jingga berbahaya kepada kesihatan.Akhbar ini semalam pula melaporkan mengenai kenyataan Kementerian Kesihatan mengenai bahaya penggunaan bahan pewarna Rhodamine B dalam makanan termasuk belacan kerana ia berpotensi menyebabkan barah.Bagi peniaga belacan lain, Noraini Othman, 26, bahan makanan itu yang dijual di kedainya tiada bahan pewarna disebabkan ia dibuat sendiri oleh ibu saudaranya."Belacan di sini nampak jingga atau merah sebab dibungkus dengan plastik merah."Tapi, jika lihat belacan di dalam, warnanya tidak merah atau jingga, sebaliknya lebih putih," katanya.Menurutnya, pembungkusan belacan menggunakan plastik berwarna merah bagi menarik perhatian pelanggan kerana kebanyakan pelanggan gemar belacan berwarna jingga atau merah.Ujarnya, walaupun beliau pernah memberitahu belacan sebegitu mempunyai bahan pewarna, namun pelanggan tidak mempercayai kata- kata tersebut, sebaliknya beranggapan belacan yang berwarna jingga atau merah lebih segar kerana baru dibuat.Seorang lagi peniaga belacan, Fatimah Sentol, 60, beliau membuat sendiri belacan yang dijualnya dan hanya membeli belacan daripada pembekal ketika di luar musim udang geragau.

*Sekadar memetik artikel dari Kosmo tentang bahaya penggunaan BELACAN
mujur la saya bukan pengguna belacan
yang tegar
kat rumah pun kalau stok belacan jarang guna..
tapi sambal belacan tak pernah tolak..

huhuhu

3 comments:

  1. linn mmmg beli belacan melaka yg takde kaler nie.... asal abg ipar ke melaka mestii suh beli..sbb tiap2 nak sambal belacan hheh

    ReplyDelete
  2. lieya plak kak, belacan mmg mak mertuayg supply sebab die buat belacan heeheheheh...so mmg terjamin ar kebersihan sumenye....tapi mmg belacan melaka bersih dari unsur2 racun nie.....

    ReplyDelete
  3. belacan brand bakul kat kedai tu ok ke?

    ReplyDelete

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain 'entry' berjumpa lagi

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015