Thursday, December 9, 2010

Apakah???

Akhir-akhir ni memang ketara sangat
banyak benda yang saya lupa
owh teruknya ingatan saya sekarang ni
yang terbaru semalam saya boleh lupa
login id untuk cimb clicks + password nye sekali
huhuhu
dah catit dulu semua tu kat satu buku kecik tapi 
mana saya simpan buku tu pun saya dah lupa
adoiyai..teruk sungguh la..tragis ni
so hari ni nak jalankan operasi mencari buku kecik dahulu
kalau tak jumpe baru la nak ambik langkah seterusnya
ke cimb maybe buat login id utk cimb clicks yang baru
Bila banyak sangat yang saya lupa ni
mula la saya jadi risau..
nak kata saya ada minum air yang ada semut(hahaha poyo je)
takde rasanya
atau mungkinkah ini
sign of aging
owh ni baru nak masuk awal 30an dah macam ni 
sok-sok kalau makin tua lagi teruk gamaknya saya ni
Tapi tadi dok google jumpe PETUA BUAT SI PELUPA kat satu blog ni..
so tuan punye blog,saya minta izin untuk berkongsi ye

Untuk menguatkan daya ingatan, antara perkara yang perlu diambil berat adalah:

1. Waktu Tidur Mencukupi

Tidur yang cukup memang penting untuk kesegaran tubuh. Badan kita perlu rehat yang secukupnya. Keletihan hanya akan menganggu maklumat yang telah disimpan oleh otak. Selain itu, ia juga akan menjejaskan kemampuan kita untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Jadi, amalkanlah tidur yang mencukupi di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Cuba Mengawal Tekanan Sebaik Mungkin

Tekanan akan membuatkan jiwa kita rasa tidak tenteram. Akibatnya tahap kesihatan akan terganggu. Kemudiannya, kita juga akan kurang peka dengan keadaan persekitaran dan tidak dapat berfikir dengan baik seterusnya daya ingatan pun turut terjejas.

Jadi, mulai saat ini, cubalah kawal setiap tekanan yang dihadapi. Kita boleh cuba kawal tekanan dengan membaca Al-Quran, meditasi, sauna, aromaterapi dan seumpamanya.

3. Amalkan Bersenam

Dengan bersenam, kita dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Secara tak langsung, daya ingatan akan bertambah baik.

Bersenam bukan setakat pergi ke gym semata-mata. Tetapi dengan berjalan kaki, berkebun dan mengemas rumah pun dikira sebagai senaman juga.

4. Elakkan Kemurungan

Usahlah bermurung kerana ia hanya membuatkan anda kurang ceria ataupun langsung tak ceria. Bila dah tak ceria, hidup ni pun kurang bermakna kan? Lama-kelamaan ia boleh menjejaskan daya ingatan.

psst yang pasti saya ni bukan la spesis MELAYU MUDAH LUPA!! hihihi

3 comments:

  1. aiseymen emy.. akak ni lg banyak no pelupa emy.. akak kan lagi tua dari kamu.. sekarang ni apa2 semua pun main catit.. tak de dah main ingat2.. hehehehe

    btw bagus jugak info petua2 tu.. boleh diamalkan

    ReplyDelete
  2. ishh sama la kita emy.. sy ni pon dah makin pelupa skang.

    ReplyDelete
  3. aahlaa...makin dah umur byk ni, makin kerap lak lupaa...aduhh..

    ReplyDelete

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain 'entry' berjumpa lagi

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015