Tuesday, December 28, 2010

Kuih Lompang

Time hujung-hujung cuti ni makin rajin pulak nampaknya ye..
chait..perasan sungguh!!
hahaha ni antara aktiviti time cuti sekolah
Masak..masak..masak..dan masak
baru-baru ni saya dengan jayanya telah
berjaya membuat KUIH LOMPANG
setelah puas google untuk resipi
dan memilih yang terbaik..so inilah hasilnya

disini juga saya kongsikan bersama resipi Kuih lompang untuk yang mahu mencubanya..

Bahan-bahan :
1 cawan gula (3/4 cawan pun ok jugak)
1 ketul besar gula melaka ( atau 1 cawan gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur

Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak makan
Kelapa parut + garam

Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung.
3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur.
5. Tapis air gula ke dalam tepung.
6. Gaul rata.
7. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
8. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
9. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
10. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
11 Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
12. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

~SELAMAT MENCUBA~

4 comments:

  1. perghh..lame gile tak mkn kuih lompang...

    ReplyDelete
  2. sedappnya kuih nie .. dah lama tul akak x makan .. huhuhuuh
    kalau nak makan pun kena tunggu pasar malam atau bulan poser .. nak buat x pandai huhuu

    ReplyDelete
  3. owwh..baru tau nama kuih ni kuih lompang..hehehehe

    ReplyDelete
  4. perrhhhh sedapnyeeee!!! selalu kalo beli mesti x berapa kick... buat senirik sure puas kan...

    ReplyDelete

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain 'entry' berjumpa lagi

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015