Tuesday, November 30, 2010

MAHA 2010

Kami ke MAHA 2010
plan asal nak bawak Ez & Erfan jugak
tapi memandangkan mereka sedang berseronok di Langkawi so kami angkut cik Mia aje la ke MAHA 2010 lagi pun bagi memujuk hati Mia yang sedang berduka lara time tu hihihi
kami sampai awal pagi..jalan takde la jam..masa kami park kereta tu jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi
so kami boleh berjalan dengan senang hati tengok pokok-pokok bunga kat sana..owh kami masuk ikut entrance 2(bukan pintu masuk utama) sebab kami dari Cyberjaya masa tu.
Dah puas pusing-pusing tengok bunga dan usha mana-mana orkid yang berkenan dihati ceh..tapi serius banyak tau orkid yang cantik-cantik kat sana..murah mahal macam-macam ada..tepuk dada tanya selera je la..saya yang tak pernah-pernah minat orkid ni pun boleh jatuh hati..mujur ada suami yang rajin gardening kan hehehe

Lepas dah puas usha pokok orkid & pokok-poko bunga yang lain kami pun isi perut dulu then tunggu shuttle bus untuk diangkut ke Dewan Utama..
Mia first time naik bus ni..excited je budak kecik ni..siannye la..
owh masa ni orang dah mula berpusu-pusu datang..keadaan dah mula sesak..cuaca pun dah mula panas..sampai di kat hujung sana pulak kami pusing-pusing tengok buah-buahan beli nangka yang sangat manis itu..dan dalam perjalanan nak ke dewan utama (jalan kaki saja dari fruits exhibit tu) kami nampak muka-muka yang agak familiar..punya la bengong saya time tu dok berfikir-fikir kat mana la pernah nampak wajah-wajah ini owh akhirnya setelah puas berfikir-fikir baru perasan orang yang di depan mata kami tu Hj Hadi Awang..dan sapa entah orang PAS yang agak selalu jugak keluar tv tu..sorry la saya tak tahu nama dia..masuk dalam dewan pameran jumpe lagi beberapa orang menteri yang buat lawatan ke MAHA jugak..tapi yang bestnya diaorang ni jalan macam orang biasa je takde pun orang escort macam kebiasaannya..takde la kita dihalangan oleh pegawal-pengawal yang tak bagi orang-orang biasa macam kami nak ke tempat yang akan dilalui oleh para menteri kan..tapi takde la pulak saya nak pegi bergambar dengan diaorang kan hahaha..sebab menteri-menteri yang saya jumpe semua yang dah veteran kalau yang handsome nak jugak kot hihihi cis berdebah betulkan!!.
Dalam dok sibuk pusing-pusing tengok pameran kat MAHA tu saya stop kat gerai hasil Sarawak jumpe pes laksa Sarawak Haji Manan yang macam saya gunakan hari tu..so apa lagi borong la 3 bungkus..dalam pada tu cik Mia dah sibuk dah mengaruk sebab nampak belon UPIN & IPIN dah la sepanjang jalan ada je orang jual belon tu..ish..ish..setiap kali tempoh orang jual belon Mia sure la meragam suruh beli..bukan kami tak nak belikan tapi malas nak beli awal-awal nanti kena jaga belon segalakan time nak pusing-pusing tu dah la nak balik nanti nak naik shuttle bus lagi..so memang kami awal-awal dah decide nak beli belon kat pintu keluar nanti ganjarannya terpaksa la kami hadap ragam cik Mia masa di sana tu..

 Leka Mia tengok kolam tu..nanti kita request suruh daddy buat satu untuk rumah kita ye dik.. :D

Kat situ jugak saya jumpe orang jual lobster..tapi harga sangat la tak tahan..sebab ni lobster import so harganya sekilo RM130..lobster-lobster yang ada display kat situ semua yang beratnya melebihi 3kg..owh mujur la saya tak mengidamkan..kalau tak harus dapatkan jugak :P
Penat pusing-pusing saya dah tak tahan sakit kepala sebab cuaca panas..walaupun ada kawasan yang kami tak jejak pun tapi memang dah tak larat benar dah time tu..kami ambik shuttle dan gerak ke kawasan mula-mula kami sampai tadi..daddy pegi beli bunga orkid yang saya dah usha masa datang tadi kan..saya pulak berjalan bersama cik Mia ke arah si penjual belon..RM5 bertukar tangan dengan belon Upin..(Mia nak Ipin jugak tapi tak kuasa nak layan sebabnya sapa pulak nak pegang belon Ipin tu kan hihihi) dengan rasa bangga dan puas hati Mia terus ajak balik..cantik muka ye dah dapat belon nak balik jam-jam tu jugak..
Walaupun penat tapi saya puas hati la untuk MAHA 2010
Tengok tu kemain lagi diciumnya si Upin tu..

Monday, November 29, 2010

Reward

Hari ni kami nak ke LCCT
mahu pos itu dua orang budak kecik naik Air Asia
owh they fly for the first time without mummy & daddy
harap-harap kedua-duanya well behave dalam flight nanti
opss bukan mereka terbang berdua saje tapi
mereka terbang besama atuk & nanny mereka
Ni kira reward untuk Ez yang dapat 1st place 
masa final exam hari tu & birthday gift untuk Erfan jugak
so boys enjoy yourself..take care & be good ok
psst for sure cik Mia akan melalak-lalak kat LCCT nanti
kalau dia tu tido syukur alhamdulillah senang ceritakan..
nanti kita ajak daddy gi Serdang tengok MAHA 2010 ye hihihi

Friday, November 26, 2010

I LOVE YOU...

I love you
I love you
hahaha Mia sekarang ni suka sangat ucap ungkapan I LOVE YOU 
tapi tak sure la dia faham ke tak apa yang diungkapkannye tu..
tapi every time dia cakap I LOVE YOU dia sure nak kiss orang yang dicakap tu
hihihi paling tak tahan bila dia nak kiss mulut orang tu..
kalau kena family members ok lagi kalau kena kat orang luar tak ke haru tu
lagi satu peel Mia ni suka sangat jalan pimpin tangan especially kalau dengan Erfan
kalau time baik tu kemain baik lagi kalau time bergaduh tu
macam nak pecah rumah dibuatnya..selalu abang-abang memang terpaksa beralah la..

Thursday, November 25, 2010

Breakfast @ the beach

Pagi Selasa lepas kami bawak anak-anak breakfast kat tepi pantai padang kemunting
dekat saje dengan rumah dalam 10 minit drive...
memang dah plan dari awal so pagi tu saya bangun awal prepare food untuk breakfast
simple saje, nasi lemak, goreng nugget untuk anak-anak..
sampai pantai dalam pukul 8.30 macam tu..alhamdulillah cuaca yang mulanya agak mendung akhirnya bertukar cerah..owh dah dekat nak sampai baru perasan camera tinggal huhuhu
so gambar-gambar di bawah ini nanti hasil ehsan cik NOKIA saje
kami cari tempat yang sesuai untuk bentangkan tikar & senang untuk monitor anak-anak main di pantai
mula-mula sampai biasa la Erfan & Mia geli-geli lagi kaki masing-masing nak pijak pasir halus
tak sampai setengah jam lepas tu masyallah Mia kemain lagi..akhirnya masa nak balik siap melalak bagai tak nak balik.
anak-anak main kat gigi air je..tu pun daddy monitor
saya ni takut sikit nak lepaskan anak-anak main air..
sebab banyak sangat dengar kes orang lemas di tarik ombak besarkan lately ni
tapi ye la ajal maut kan di tangan Allah..
mana-mana kita pegi pun kalau dah nak jadi, jadi jugak gak..
kita sekadar beringatkan..
Ez tension je kena tolong kibaskan pasir kat kaki adik-adik yang poyo
Nasi lemak yang kekurangan..
Mia
Erfan :-)

Daddy gigih dirikan khemah untuk anak-anak

 drama tangis menangis nak mula dah time ni
 menangis tak ingat budak kecik ni
dah penat menangis..hehehe

Monday, November 22, 2010

:. HAPPY BIRTHDAY,ERFAN SHAFRI.:

Hari ni 23 November genaplah usia Erfan 4 tahun..
kesian Erfan dah hujung tahun, sekolah pun dah tutup baru nak cukup umur macam rakan-rakan sebaya yang lain..
tapi takpe la Erfan kan yang penting HAPPY
so entry kali ni nak cerita sikit pasal Erfan...dulu masa kecik-kecik Erfan ni lambat banyak sikit bercakap, berjalan cepat Erfan ni belum masuk umur 10 bulan dah mula berjalan..dia start petah berkata-kata pun sejak tahun lepas rasanya..itu pun sampai sekarang ada beberapa perkataan yang dia pelat. Dulu saya selalu sentap dengan mereka yang bermulut "longkang" ni. Sebab pernah ada umat manusia yang suggest pada saya suruh bawak Erfan gi specialist..orang tu kata maybe Erfan ni ada masalah pertuturan or maybe disleksia..waaa sedih sangat time tu. Tapi bila saya kenang-kenangkan semula Erfan ni maybe seorang yang pendiam..(macam daddy dia) sejak dia dah mula bersekolah tadika & mula bergaul banyak perubahan besar yang saya nampak pada dia..walaupun dia tak sehebat Ezhan tapi saya tetap bangga dengan anak bujang saya yang sorang ni. Banyak kelebihan yang ada pada Erfan jugak kalau bandingkan dengan Ezhan. Sejak dari mula saat melahirkan dia..rasanya antara tiga-tiga orang ni Erfan yang paling mudah untuk saya lahirkan..masuk labor room dalam dekat nak pukul 2..then 2.30 Erfan pun selamat melihat dunia..syukur sangat. Time baby pun Erfan tak banyak ragamnya..kurang sangat jatuh sakit..tahan lasak budak sorang ni/Erfan ni sangat la mesra walaupun dengan orang yang baru pertama kali dia jumpa..mudah tersenyum & mudah jugak chembengnya hahaha.. alhamdulillah di usia Erfan 4 tahun ni dia dah mengenal huruf,boleh mengira & mengenal nombor..Erfan jugak boleh membaca perkataan-perkataan yang mudah..Buat MUHAMMAD ERFAN SHAFRI..SELAMAT HARI LAHIR..semoga Erfan terus membesar dengan sihat..bijak & cerdik serta menjadi anak yang soleh ye..Daddy, Mummy, Abang Ez & Adik Mia sayang Erfan sangat-sangat..jangan notty-notty ok moooaacks..
Jom layan gambar-gambar lama Erfan
Ni 1st pic of Erfan 
baru je keluar dari labor room time ni
 Kalau bandingkan antara ketiga2nya
Erfan paling bambam tengok je la gambar-gambar kat bawah ni
rasa nak gigit je pipit dia yang melayut tu

 Bila dah makin besar makin kurus dah

 *~*~*~*~*~*~*~THE END~*~*~*~*~*~*~*

Saturday, November 20, 2010

Laksa Sarawak

Alhamdulillah..
Cuti sekolah tiba lagi. Berakhir sudah sesi persekolah 2010
kira hari ni 1st day cuti sekolah dan seperti mana yang telah dijanjikan
saya memulakan tugas sebagai "surirumah sepenuh masa" untuk tempoh beberapa minggu
so menu untuk hari ni "LAKSA SARAWAK" 
sebenarnya pes laksa ni dah duduk lama dalam fridge..tapi tak sempat nak buat
so hari ni saya pun buat la laksa sarawak..buatan sendiri sebab sebelum ni banyak kali makan kat rumah orang @ pun kat Laksa Shack tapi tak best yang kat laksa shack punye..hihihi
dan seperti biasala kan..
bila start je masuk dapur sure assistant saya pun 
nak ikut sama..
kali ni Mia dibuli menolong untuk membersihkan ekor taugeh..
dah budak kecik ini sangat excited bila diberi peluang
untuk turut serta dalam operasi masak memasak ini..
dalam masa yang sama saya sempat membakar choc muffin untuk minum petang nanti
tapi gambarnya ngek sempat di snap yea..
 anak dara saya yang gigih membantu

 laksa sarawak 

Buat kawan-kawan yang mula bercuti jugak SELAMAT BERCUTI..
korang pegi mana cuti sekolah kali ni?

Sunday, November 14, 2010

Erfan..konvo

Quick update ni..
Busy bebenar dah hujung-hujung tahun ni
nak tutup sekolah makin busy
macam tu la biasanya
banyak yang perlu diselesaikan
ok..ni cerita Sabtu lepas
banyak cerita yang dah bertangguh 
tak sempat update ni
Sabtu lepas TADIKA MANJA BONDA
tempat Erfan belajar tu telah 
mengadakan majlis konvokesyen
untuk tahun 2010
final exam Erfan dapat no 14 daripada 32 orang murid 4 tahun
mula rasa macam tak puas hati jugak
tapi bila tengok kertas-kertas ujian yang cikgu bekalkan
dan lihat markah Erfan semuanya 90 above
mummy rasa ok la kot dengan age Erfan
yang belum masuk 4 tahun lagi tu
at least Erfan dah boleh membaca & mengira tambah tolak yang mudah-mudah
(according to the teacher)
dah yang paling buat mummy dia surprise bila tengok kertas ujian bahasa cina
Erfan dapat 96%..English Erfan dapat 93% je
waaaa frust ooo mummy dia English teacher tapi anak tak dapat score in English
eh..tak..tak..acah je..tapi ok la kan..kitaorang sendiri pun tak tahu sepatah haram bahasa cina
bila Erfan dapat markah macam tu ok la kot
memang persaingan sengit rasanya..
maybe ramai kawan-kawan Erfan dapat 100% dalam final exam tu
mummy tak kisah nombor tu Erfan
yang penting Erfan dah boleh menguasai kemahiran-kemahiran yang sepatutnya
next year ada rezeki cuba lagi ye

 Erfan dan kawan-kawannya
 Ibu atau ayah kena naik stage sekali

Labuh benar jubah tu dengan awak la Erfan..
:p
*Pssst malam esok saya ada annual dinner tunggu ye entry dinner tu nanti

Monday, November 8, 2010

Misi mencari

Weekend baru ni kami balik Seremban
Lepas tu saje la jalan-jalan kat Carrefour 
Time kat carrefour tu my darling hubby
telah merealisasikan impian saya nak beli 
mixer baru..hoyeh!!! Thanks abang 
Otw nak balik tu tetiba terpandang la
Poster besar kat Nokia outlet disitu tentang
Nokia C3 masuk dalam dok tengok-tengok 
wah sangat la berkenan dengan hp yang colour hot pink tu
bukan sebab features nye..(features hp tu biasa saje)
tapi colour tu yang membuatkan saya berkenan
malangnya malam tu bukan rezeki saya
kat situ hanya ada display model saja
pink colour out of stock
Esoknya saya carik lagi
area town Seremban
the whole day dok mencari..tapi tak jumpe idaman hati
ada banyak pink C3 yang saya jumpe tapi AP set
saya nak Zitron huhuhu

siap call cousin saya yang keje Celcom 
try tanya kot la kat office dia ada stok
tapi hampa sangat bila dia cakap
budak office dia kata pink tu memang limited
waaaaa frustnya tak kira
nak carik jugak sampai jumpa..
harap-harap ada la rezeki saya ye..
kalau tak saya setia dengan 5800 ni aje la..

Thursday, November 4, 2010

Basikal

Cite ni dah basi dah kiranya,tapi nak jugak tepek kat sini.Ni kan blog saya..sapa-sapa tak suka tak payah la jengah ye..pesanan ikhlas dari penaja ni :D
Ok balik ke cerita tadi..masa birthday Mia baru ni daddy memang dah plan nak belikan Mia basikal..plan asal nak cari yang colour pink,maklumla gegirlkan..so tiba hari yang ditunggu-tunggu kami pun terjah la kedai basikal kat area dekat-dekat rumah ni.Mummy jumpa 1 basikal yang mummy rasa ok la untuk Mia..daddy pun test dudukkan Mia..bila dok usha-usha dengan apek cina tokey kedai tu tanya colour pink..dia kata pink out of stock..ala,frustnya..maka mummy pun nak la pegi cari kat kedai lain tiba-tiba anak dara yang dah sedap duduk atas basikal tu tak nak balik..dia nak masuk keta sambil menyeret basikal tu..ALAMAK!!! Macam mana ni..so nak tak nak daddy pun decide untuk beli basikal tu sebab daddy memang tak boleh tengok anak daranya menangis..walaupun hakikatnya mummy Mia macam tak berapa puas hati dengan basikal colour biru itu..hahaha sangat la poyo mummy Mia..over kan hehehe Sekarang ni aktiviti Mia setiap hari pantang nampak basikalnya itu sure nak naik memandangkan kakinya belum cukup panjang untuk paddle sendiri maka kami yang ada kat rumah ni la jadi mangsa penderaan cik Mia untuk menolaknya yang duduk sedap-sedap atas basikal tu..cepat la ko besar Mia takde la mummy kena kerah menolak awak lagi pun mummy awak ni malas banyak keje lain nak buat :D

Wednesday, November 3, 2010

Blueberry cake

Semalam saje gatal-gatal nak try buat
BLUEBERRY SPONGE CAKE
bahan-bahan memang dah lama
terperuk dalam fridge maka semalam merajinkan diri untuk
menghasilkan blueberry sponge cake buat pertama kalinya
rupa-rupanya takde la susah sangat
berkat kesabaran & kerajinan *hahaha jangan marah ye*
akhirnya saya berjaya menghasilkan dua biji 
blueberry sponge cake..
WALLAAAA...1 makan kat rumah
dan 1 lagi saya bawak ke sekolah
bagi kawan-kawan rasa * sebab mereka adalah food tester saya*
nak tayang hasilnya..

terserlah ketidak pakaran saya apabila kedudukan kek pada papannya tidak center hahahaha
ok la kot untuk orang yang pertama kali mencuba macam saya kan *pssst terpaksa puji diri sendiri*

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015