Thursday, December 30, 2010

Selamat Tahun Baru

SELAMAT TINGGAL 2010
semua kenangan pahit manis 2010
akan tersemat dalam lipatan sejarah

SELAMAT DATANG 2011
semoga tahun hadapan 
akan dilalui dengan penuh kegembiraan..dan akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya
mudah-mudahan kita semua akan lebih cemerlang dalam tugas mahu pun peribadi
untuk tahun 2011 nanti ye,insyallah
AZAM TAHUN BARU???
banyak..tapi biar la tersimpan erat dalam hati buat diri sendiri saja..
yang ingin dikongsi sekadar satu dua azam yang mana...
berazam untuk menjadi seorang isteri & mummy 
yang lebih baik & bertanggungjawab(sekarang pun baik jugak tau hihi)
serta menjadi seorang guru yang lebih berdedikasi & penyabar..(hehehe)
mudah-mudahan ye..
AZAM BARU KAWAN-KAWAN???

 TAHNIAH BUAT TEAM MALAYSIA YANG BERJAYA MENJADI JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010
SEMOGA LEBIH BERJAYA DI TAHUN 2011 NANTI
tiba-tiba nama-nama seperti KHAIRUL FAHMI CHE MAT, 
NOR SAFEE MOHD SALI, NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
meniti dibibir rakyat Malaysia kan..
termasuk la blog awek KFCM yang cute tu pun kena serbu oleh peminat-peminat KFCM hik..hik..

psst..esok dah isytiharkan cutikan..tapi saya tetap ke sekolah kerana 
HARI ORIENTASI MURID-MURID tahun 1
mujur dah cuti lama maka takde la terasa hehehe 
lagi pun SAYA YANG MENURUT PERINTAH
chait..sudah la cuti berminggu-minggu kan..cuti sehari ni pun tak kan nak berkira ye tak..
apa-apa pun SELAMAT TAHUN BARU 2011 untuk
semua teman-teman blogger..juga buat my silent readers...
esok lepas sekolah saya nak cabut  balik Seremban
ada WEDDING OF THE YEAR nak kena attend haha   
buat yang bercuti Selamat Bercuti..jumpe lagi tahun hadapan...

Wednesday, December 29, 2010

Dah nak habis ke??

Cepat sungguh masa berlalu
rasa macam baru semalam cuti sekolah bermula
owh tidak dah nak berakhir sudah cuti akhir tahun 2010
esok dah mula kembali ke sekolah

menghadirkan diri ke MESYUARAT GURU untuk sesi 2011
Jumaat ada program Orientasi murid-murid tahun 1
berakhir sudah saat-saat indah waktu pagi
sebab boleh bangun lewat sikit dari biasa
kalau time sekolah pukul 5 dah bangun
time cuti sekolah pukul 6 pun masih diatas katil dibuai mimpi

maka sekarang ni sedang cuba menukar mode malas cuti-cuti
kepada mode rajin+kembali bertugas...

Melabur

Memandangkan lagi beberapa hari je lagi dah nak mula kembali bertugaskan
so aku telah melaburkan beberapa kepingan RM untuk membeli tudung baru (nama pun BACK TO SCHOOL kan)
owh aku kalau ke sekolah masih lagi menggunakan TUDUNG BAWAL
mungkin ada yang akan katakan old fashion..huhuhu takpe la
tapi rasanya bentuk muka aku ni macam kurang sesuai pakai tudung-tudung berawning tu
walaupun aku suka sangat tengok ada rakan-rakan yang pakai tudung berawning tu nampak sweet je tapi bila kat muka sendiri macam kurang sesuai..tapi aku pakai jugak tudung-tudung begitu cuma kalau ke sekolah belum lagi la rasanya..bagi melaksanakan misi membeli tudung bawal sulam tangan aku dah pun pesan pada rakan-rakan yang berada di Kelantan & Terengganu baru-baru ni sebab nak padankan dengan beberapa pasang baju baru untuk 2011 ceh..kalah budak Tahun 1 nak ke sekolah semua nak baru aku ni,tapi itu la rutin setiap hujan tahun tak banyak sehelai dua mesti nak jugak ada..hehehe....harga pun berpatutan rasanya..yela nama pun sulam tangan mesti la mahal sikit kan takpe yang penting puas hati. meh nak tayang sikit beberapa helai koleksi tudung bawal yang baru beli ni..

3 yang ni sulaman tangan..ala-ala rose bud rasanya..
yang ni sulam jugak tapi bila lihat dari kehalusannya maybe sulaman mesin kot hihi

Tuesday, December 28, 2010

Kuih Lompang

Time hujung-hujung cuti ni makin rajin pulak nampaknya ye..
chait..perasan sungguh!!
hahaha ni antara aktiviti time cuti sekolah
Masak..masak..masak..dan masak
baru-baru ni saya dengan jayanya telah
berjaya membuat KUIH LOMPANG
setelah puas google untuk resipi
dan memilih yang terbaik..so inilah hasilnya

disini juga saya kongsikan bersama resipi Kuih lompang untuk yang mahu mencubanya..

Bahan-bahan :
1 cawan gula (3/4 cawan pun ok jugak)
1 ketul besar gula melaka ( atau 1 cawan gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur

Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak makan
Kelapa parut + garam

Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung.
3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur.
5. Tapis air gula ke dalam tepung.
6. Gaul rata.
7. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
8. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
9. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
10. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
11 Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
12. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

~SELAMAT MENCUBA~

Monday, December 27, 2010

Ragam

 Mia ni memang kaki melaram+posing sekarang ni
time cuti sekolah ni pagi-pagi sure gaduh punye dengan dia
kalau ngan mummy dia for sure la gaduhkan sebab mummy kurang kesabaran
tapi lately ni daddy pun hilang sabar dengan ragam Mia
mana taknya..duduk rumah pun nak pakai dress pegi jalan
huh..
kalau lepas mandi kita dah siapkan baju 
tak pernahkan berkenan dihati dia tu
sure nak cari & pilih sendiri
yang tak tahan tu siap suruh iron oooo
aisshh sungguh demanding budak kecik ni
kadang-kadang kalau rajin mummy layankan jugak
tapi most of the time
kalau dengan mummy dia ni memang kena paksa la pakai baju
hihi ala kejap je nangisnya..buka cd senyap la :P
ni pose terkini dari MIA...ada yang berkenan tak??
 owh yang bawah ni kalau bakal mak mertua ko tengok Mia
sure reject nanti ni..
minum susu pun kaki silang panggung tu
Mia sejak-sejak cuti sekolah ni
mulut makin keletah+becok
tak tahan nak melayan..
ada beberapa hari je lagi nak bersenang lenang dirumah
sebelum kembali BERTUGAS

SCHEDULER

Yeah..akhirnya 
yang di nantikan sampai juga..
Dapat parcel pagi ni tadi
suka..suka..sangat comel itu barang
tak sabar dah rasanya 
melarikan mata pena diatasnya
apakah itu ye?? nak tahu x?
*
*
*
*
*
*
ini lah dia..
 SCHEDULER untuk tahun 2011
hihihi sangat comel & compact ok
boleh masukkan dalam handbag
itu yang paling penting pada saya
kenapa ada 2 ye??
owh sebabnya masa order tu ter"tamak" pulak
nampak pink & purple tu dua-dua cute
so rembat la kedua-duanya
korang kalau nak cuci mata pegi la ke SINI

Friday, December 24, 2010

Dinos Alive

Keluar dari Petronas Petrosains kami lunch dulu kat SIGNATURE Food Court, KLCC
the kids nak Mc D..mummy nak subway burger..lepas isi perut kami gerak ke Pusat Sains
memang dah plan awal nak bawak budak-budak ni tengok Dinos Alive..(lepas tengok MHI hari tu)
masa sampai tu dah nampak kereta bawak,ingatkan pegi weekday takde la sesat
rupanya sangkaan meleset sekali..yela lagi pun ini kan masih school holiday
daddy turunkan kami kat pintu masuk..daddy gerak carik parking..
mummy beli tiket dulu & layan the boys the ikan dalam tunnel tu dulu
cik Mia didukung time ni sebab ketiduran..almaklum penat sangat..
daddy sampai kami gerak masuk & Mia dah bangun..
mula-mula dia nak jalan sendiri..masuk je kat tengah-tengah tu dah terpacak 2 ekor dinosaurs
hahaha terus meraung nak dukung..Erfan sama..menyempil je takut
aish...haru sungguh budak berdua ni..Ez ok la..berani-berani takut..
ok la rasanya Dinos Alive ni tapi Ez kata best lagi DINO TREK kat KLCC dulu tu
hihihi sebab kat sana ada activiti mencari tulang Dinosaur untuk kids..tu yang dia seronok kot
tapi kat Pusat Sains ni lagi banyak Dino nya compared to Dino Trek dulu tu..
cuma yang tak berapa nak best Pusat Sains ni under renovation.
so environment tu tak berapa nak selesa la..(pada saya)
kalau korang belum pegi lagi..boleh la bawak anak-anak ke sana..
lama lagi pameran ni samapi 31 Mei 2011..so banyak masa lagi

 Mia dah mula takut time ni

 Erfan tu cuak jugak tu sebenarnya..tapi dah umpan dengan mainan dino tu
 Ngeri je mia kot-kot dino tu baham dia hihihi
 Muka chembeng je time ni sian Mia kena buli :p

 Ni kat bahagian luar
Baru la "cerah" sikit muka ko dik :D

Thursday, December 23, 2010

:.PETROSAINS.:

Akhirnya dapat jugak bawak Ez ke Petrosains cuti sekolah kali ni
Ez ni dah berapa kali pegi petrosains pun tapi dia tetap nak pegi jugak lagi
demi anak ku turutkan jua la kan
memang dah booking sehari sebelum tu lagi takut walk in time cuti sekolah ni
tiket habis la pulak kan..so kira kali ni 1st visit la ke Petrosains bersama Erfan & Mia..
budak-budak ni happy je..Ez la especially nya
sebab dia dah besar tahu itu ini
kalau Erfan & Mia tu pantang benda boleh ride..boleh cuba diaorang happy la..
ok la time kami pegi tu masuk pukul 10 so orang tak berapa ramai 
nak naik dark ride tu pun takde la kena beratur panjang macam kami pegi sebelum ni
nak explore dalam tu pun lega je orang tak ramaikan takde la sesak..
tapi yang tak bestnya time nak naik simulation helicopter tu
Mia yang kecik ni tak dapat naik sebab tak cukup ketinggian 
so daddy je bawak the boys naik
Mia & mummy tunggu kat the other side..
overall Petrosains ni sesuai untuk anak-anak tak kira umur rasanya
tapi kalau yang dah bersekolah tu lagi bagus kot sebab mereka dapat gain knowledge

 gigih Mia nak try telescope ni siap jengket kaki lagi tu

 Simulation helicopter
Mia & mummy tak naik sebab Mia tak cukup tinggi
 Ada ke F1 driver yang drive sambil berdiri??
Lihatla aksi Mia
 Nak jugak try heart beat drum ni..

*More photos @ FB

Sunday, December 19, 2010

Majlis Bertunang

Semalam kami ke Felda Lenga,Pagoh
untuk majlis pertunangan anak sedara hubby
My SIL ni dari Taman Melati so kami tunggu mereka di Tol Pagoh
dari situ baru gerak sama-sama ke rumah nenek girl ni
masa merisik hari tu kami ke rumah her parents di Bukit Beruntung Rawang
masa tu memang dah janji majlis bertunang nak buat di rumah nenek girl ni
sebab hajat nenek dia tapi nak nikah & kenduri kawin kat Rawang
owh nama pun konvoi kan..ada 6 buah kereta semuanya
since my SIL ni single mother so adik bongsu dia (hubby) la jadi spokeman
masa merisik hari tu pun macam tu
aish..tetiba rasa macam dah tua la pulakkan bila kena involve dalam perbincangan macam ni
hahahaha
janji majlisnya awal 2012 sempat la nephew hubby nak kumpul duit untuk hantarankan..
lagi pun April 2011 ni adik dia yang dah bertunang last year tu nak naik pelamin
tak kan la pulak setahun 2 orang kan..pengsan la pulak nanti..
tak banyak gambar dapat snap since mummy kena handle 2 little rascals yang sangat kepoh ni
sebab excited dengan the twin sisters Alysha & Aryana..
Erfan siap suruh bawak balik seorang twin tu hihihi
kami gerak balik & tiba di rumah dekat nak senja..sebabnya sangkut jam
giler babi kat Ayer Keroh..ramai sungguh orang berjalan-jalan kat Melaka time cuti sekolah ni 
plan ingatkan nak singgah Mydin kat MITC pun cancel sebab nampak kereta melaut penuh kat parking lot + kereta nak berderet nak masuk parking..nanti-nanti la weekdays boleh pegi
 Sedang dalam perbincangan..
 Alysha & Aryana.
 Erfan & Mia yang happy tengok twin sisters
 Alhamdulillah...cincin disarung
 Us..owh sungguh tak pandai cameraman ni..sian Erfan nampak sikit je rambutnya

Thursday, December 16, 2010

Cerita Hantu

Sangat la benci tengok tv lately ni
terutamanya waktu malam
sebabnya banyak sangat cerita-cerita hantu
dah la aku ni memang penakut kurang berani orangnya
kalau tengok cerita-cerita seram ni
sure menganggu ketenteraman hidup
pantang dengan bunyi berdenting je nanti
sure tegak bulu roma
kalau kat tv3 tu tiap-tiap hari Khamis malam Jumaat
ada cerita hantu
yang terbaru ni SAKA JENTAYU

bagi aku cukup la sekadar tengok promo disiang hari je
baru ni ada tengok cerita HANTU KUMKUM
kat Astro Ria..subhanallah
sampai seminggu terbawak-bawak ketakutan tu
taubat tak nak tengok lagi
kalau takat cerita hantu kelakar Mamat Khalid
macam 
ZOMBI KAMPUNG PISANG  
& yang terbaru 

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
tu boleh tahan lagi la 
sebab tu kan cerita hantu komedi
daddy budak-budak ni pun memang tak menggalakkan aku tengok cerita hantu
sebabnya akan menyusahkan dia di malam hari
pernah terjadi aku tengok cerita hantu menda entah
pastu tengah malam rasa nak pee
sanggup kejutkan hubby yang lena dibuai mimpi
hahaha tension je dia sebabnya toilet dah la dalam bilik 
setakat hujung kaki je pun hihihi
korang LAYAN cerita hantu tak??

Wednesday, December 15, 2010

Saya mahu itu VOLKSWAGEN BEETLE

Saya mahu itu volkswagen beetle..
Pernah naik uncle saya punye VW Beetle yang latest edition ni..
masa time adik saya kawin itu hari
nak beli sendiri memang takde la..
tapi ada 1 cara untuk mendapatkan nya..
korang nak tak??
Jom la..kita ramai-ramai menonton OPRAH WINFREY show..

GILER KENTANG betul..Oprah Winfrey dah announced
untuk menghadiahkan kesemua 275 penonton bertuah rancangannya
sebuah VW Beetle (brand new) sempena Christmas..
tak caya sila baca kat SINI
kalau la dekat macam nak pegi KL 
harus ku terjah ni..
tapi ye la..pernah baca dalam magazine sebelum ni
yang nak masuk tengok rancangan dia tu pun ramai..
sebab every episod ada je hadiah misteri untuk penonton di studio
siapa tak nak kan..
owh kalau la satu hari nanti saya duit yang melimpah ruah sampai tak tahu nak buat apakan..
akan ku rembat sebiji itu Volkswagen Beetle..
nak yang colour pink macam kat bawah ni
BERANGAN je la..
Tapi ni kalau masukkan dalam WISH LIST tahun 2030 ok kot
sebab time tu dah nak pencen hahaha

MAAF..SAYA TAK SENGAJA

Owh..saya rasa sangat bersalah..
kesal sangat....tapi nak buat macam mana
benda dah terjadi..tapi percaya la saya tak sengaja..
semuanya berlaku semalam
bila kami ke Melaka tolong bayarkan saman parking
member saya yang datang jalan kat Melaka hari tu
alang-alang ke Graha Maju tu kami terus la bawak budak-budak ni ke Kids Gym
masa daddy & the kids di Kids Gym di Jusco tu la semuanya bermula
asalnya nak jalan-jalan & tengok-tengok aje
tapi tak sangka pulak begini jadinya..huhuhu
korang mesti nak tahu apa yang dah terjadi kan..
budak promoter tu la
dok sibuk sangat promote benda ni
akhirnya saya tergoda
dah semalam saya dengan tak sengaja
telah ter beli
MAGNIFIQUE

 dah la terbeli pastu tertamak la pulak
ish..ish..mula-mula tu ingat nak beli yang botol kecik je
tapi promoter tu sibuk meracun bagai
akhirnya terbeli la yang botol besar
tak ke TAMAK namanya tu
walhal saya baru je beli 
Miracle SO MAGIC hari tu

dan saya berjanji lepas ni tak akan tergoda dah
dan tak akan beli lagi 
kalau nak beli pun tahun depan je la..
wahai LANCOME jangan la kau launch apa-apa perfume
baru bulan ni ye..kalau nak launch pun bulan JANUARI tahun depan la eh 
mujur la uniform sekolah, kasut sekolah & beg sekolah anak dah settle
kalau tak masak la hihihihi

Tuesday, December 14, 2010

Jeram Gunung Berembun

 Hari Ahad lepas masa kami ada di Seremban 
saja bawak budak-budak ni main air di Jeram Gunung Berembun,
area perkampungan orang Asli di Pantai
kalau dari rumah lebih kurang 15 minit la drive
tak pernah tahu pun kewujudan jeram ni 
sehingga la satu hari tu nampak gambar ada member FB
bawak family dia mandi manda di sini 
haishh baru la tahu kalau tak 
sebelum ni kalau nak bawak budak-budak ni main air sungai/air terjun
sure la ke Ulu Bendul..Jeram Toi area Kuala Klawang pun ada juga
tempat ni ok la..
tenang je..nak mandi pun redup je
sebab dilindungi pohon-pohon merendang
air pun bersih
insyallah lain kali kita datang lagi ye
airnya mengalir tenang..sejuk 

 2 orang kawan baik :-)

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015