Sunday, March 27, 2011

Wahai anak didikku..

Redup pandangan matamu
Wahai anak kecil
Membuatkan hati bertambah sayu
Bila mengenangkan nasibmu
Tidak seperti anak-anak lain
Yang hidup dilimpahi nikmat
Namun
Tidak pernah sekali pun 
Kau pamerkan wajah dukamu
Hanya senyuman dan kemanisan wajah
yang sering kau hulurkan pada ku
Disebalik semua itu
Dapat ku hidu keperitan hidupmu
Kau anak kecil bertuah
Tidak pernah mengeluh
tidak betah melawan kata gurumu
Dan segala kedukaanmu
Kau selimuti dengan kejayaan demi kejayaan 
yang berjaya kau raih..
Betapa ku tahu
Kau sebenarnya berjiwa kental
Semoga kau tabah melalui liku-liku kehidupan
Kerana perjalanan hidupmu masih panjang
Masih jauh ke hadapan wahai anak didikku
Dan sebagai seorang guru 
yang menyayangi mu
Aku hanya mampu menitipkan doa
Semoga kau berjaya suatu hari nanti
Menjadi anak soleh
yang berbakti kepada kedua orang tuamu,
keluargamu, bangsamu dan agamamu,
Insyallah berkat ketulusan dan keihlasan hatimu itu
Pasti akan ada KEJAYAAN menantimu dihujung sana..

"JALAN TERBAIK UNTUK KELUAR DARI SUATU KESULITAN
IALAH DENGAN 
MENGHADAPI DAN MENGATASI KESULITAN ITU"

1 comment:

  1. insyaallah semoga apa yg kita harapkan dan doakan akan termakbul :)

    ReplyDelete

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain 'entry' berjumpa lagi

Sunday, March 27, 2011

Wahai anak didikku..

Redup pandangan matamu
Wahai anak kecil
Membuatkan hati bertambah sayu
Bila mengenangkan nasibmu
Tidak seperti anak-anak lain
Yang hidup dilimpahi nikmat
Namun
Tidak pernah sekali pun 
Kau pamerkan wajah dukamu
Hanya senyuman dan kemanisan wajah
yang sering kau hulurkan pada ku
Disebalik semua itu
Dapat ku hidu keperitan hidupmu
Kau anak kecil bertuah
Tidak pernah mengeluh
tidak betah melawan kata gurumu
Dan segala kedukaanmu
Kau selimuti dengan kejayaan demi kejayaan 
yang berjaya kau raih..
Betapa ku tahu
Kau sebenarnya berjiwa kental
Semoga kau tabah melalui liku-liku kehidupan
Kerana perjalanan hidupmu masih panjang
Masih jauh ke hadapan wahai anak didikku
Dan sebagai seorang guru 
yang menyayangi mu
Aku hanya mampu menitipkan doa
Semoga kau berjaya suatu hari nanti
Menjadi anak soleh
yang berbakti kepada kedua orang tuamu,
keluargamu, bangsamu dan agamamu,
Insyallah berkat ketulusan dan keihlasan hatimu itu
Pasti akan ada KEJAYAAN menantimu dihujung sana..

"JALAN TERBAIK UNTUK KELUAR DARI SUATU KESULITAN
IALAH DENGAN 
MENGHADAPI DAN MENGATASI KESULITAN ITU"

1 comment:

  1. insyaallah semoga apa yg kita harapkan dan doakan akan termakbul :)

    ReplyDelete

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain 'entry' berjumpa lagi

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015