Thursday, November 10, 2011

Ibadah Qurban

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
**************************************************************************************

Tahun ni saya buat Qurban lagi
Yang bezanya kali ini join dengan pihak sekolah
Sekolah saya ada buat Qurban
so saya join la satu nama.
Majlis Ibadah Qurban Berkelompok di sekolah 
di laksanakan pada 13 Zulhijjah
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tadi
Ada 3 ekor lembu semuanya
tapi 2 dah di selesaikan di pusat persembelihan
dagingnya dia bawa ke sekolah untuk di lapah 
dan diagih-agihkan
seekor saja di sembelih di sekolah tadi.
Daging-daging Qurban tu diagihkan kepada
murid-murid miskin dan anak yatim di sekolah tu
selebihnya di masak secara bergotong royong 
untuk kenduri kesyukuran tadi
Saya di tugaskan bahagian AJK memotong & menimbang daging
Penat memang penat tapi seronok
Kerja yang berat bila dibuat bersama jadi ringan kan..
insyallah ada rezeki tahun depan boleh buat lagi..
 
 Alhamdulillah..selesai sudah.
Sesi melapah daging..
Ni AJK Bahagian tulang temulang
Kami AJK timbang menimbang..
 dan siap timbang susun ye
Ni basuh perut lembu..
  Ni siang bawang & bahan masakan..
  
Masak sama-sama..gotong royong
Segelintir handle murid level 2 di dewan untuk ceramah

Menu kami semalam..daging masak kicap yang marvelous
Gulai daging bersama rebung
 Sup tulang
 Dan penat bekerja..jom makan..

2 comments:

  1. memang seronok bila kita boleh jalankan ibadah korban .. tapi akak paling x best bila nak tgk lembu yg dikorbankan kena tumbang dan disembelih .. mudah kesiannnn huhuh

    ReplyDelete
  2. meriahnye kak emy, mcm2 menu ade hah....oo akak pun ade bahagian yeak...alhamdulillah.....semoga kite semua mendapat keberkatan sempena ari mulia nie

    ReplyDelete

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain 'entry' berjumpa lagi

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015