Thursday, March 31, 2011

Jiwa Kacau

YA ALLAH
KAU LAPANGKAN LAH HATI HAMBAMU INI
KU TERANGILAH HIDUPKU
DENGAN CAHAYA KEBAHAGIAAN
KAU KURNIAKANLAH KETENANGAN UNTUK KU
AGAR DAPAT AKU LALUI HARI-HARI MENDATANG
DENGAN LEBIH SEMPURNA
YA ALLAH HANYA PADAMU AKU BERMOHON
DAN HANYA PADAMU AKU BERSERAH
HANYA KAU YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA
APA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT 
DIDALAM HATIKU INI
YA ALLAH..
SEMOGA KAU MAKBULKAN PERMINTAAN HAMBAMU INI

Sunday, March 27, 2011

Erfan yang KIDAL

Pengenalan Mengenai Kidal

1. Kidal bermaksud individu yg. lebih cenderung menggunakan tangan kiri utk. melakukan berbagai tugasan contohnya mengambil barang, melontar, menunjuk, memberus gigi, menulis dan sebagainya. Kebanyakan individu kidal akan menggunakan tangan kiri dengan tanpa disedari untuk melakukan tugas-tugas yg. sukar ini.
2. Secara amnya kidal bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
3. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
4. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
5. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta Kidal

1. Secara kasarnya sekitar 15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Earl Anthony, pemain boling profesional yg. pertama berjaya meraih satu juta dolar juga seorang kidal.
6. Ramai dari personaliti yg. terkenal di dunia adalah kidal. Mereka adalah Fidel Castro pemimpin Cuba, Albert Einstein  ahlil fizik, Henry Ford  pengeluar otomobil dan juga pengasas Microsoft sendiri iaitu Bill Gates.
7. Antara artis ternama kidal adalah Phil Collins, Pablo Picasso, Leonardo da Vinci, George Micheal, dan Paul McCartney.
8. Pelakon handalan pula antaranya adalah Tom Cruise, Charlie Chaplin, Whoopie Goldberg, Nicole Kidman, Julia Roberts, dan Sylvester Stallone.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Didalam bahasa Inggeris orang kidal (left-handed) kadang kala disebut sebagai southpaw. Terma ini diambil daripada permainan besbol.
7. Pepatah Inggeris menyatakan bahawa only left-handed are in their right mind. 

"Erfan seorang yang KIDAL. Dalam tiga beradik,dia seorang saja yang kidal. 
Melalui pengamatan saya Erfan memang cenderung ke arah muzik & seni kreatif.
Namun dia masih dapat menguasai bidang bahasa & kira-kira dengan baik juga
walaupun tak sebaik orang lain.
Fakta no 2 tu pun kira tepat dengan kami. Kerana tiada seorang pun antara saya & husband 
yang kidal.
Walau apa pun..saya mengharapkan yang terbaik untuk Erfan.
Tak kira la apa juga bidang yang dia ceburi di masa hadapan nanti
yang penting dia berjaya dalam hidupnya" 

Wahai anak didikku..

Redup pandangan matamu
Wahai anak kecil
Membuatkan hati bertambah sayu
Bila mengenangkan nasibmu
Tidak seperti anak-anak lain
Yang hidup dilimpahi nikmat
Namun
Tidak pernah sekali pun 
Kau pamerkan wajah dukamu
Hanya senyuman dan kemanisan wajah
yang sering kau hulurkan pada ku
Disebalik semua itu
Dapat ku hidu keperitan hidupmu
Kau anak kecil bertuah
Tidak pernah mengeluh
tidak betah melawan kata gurumu
Dan segala kedukaanmu
Kau selimuti dengan kejayaan demi kejayaan 
yang berjaya kau raih..
Betapa ku tahu
Kau sebenarnya berjiwa kental
Semoga kau tabah melalui liku-liku kehidupan
Kerana perjalanan hidupmu masih panjang
Masih jauh ke hadapan wahai anak didikku
Dan sebagai seorang guru 
yang menyayangi mu
Aku hanya mampu menitipkan doa
Semoga kau berjaya suatu hari nanti
Menjadi anak soleh
yang berbakti kepada kedua orang tuamu,
keluargamu, bangsamu dan agamamu,
Insyallah berkat ketulusan dan keihlasan hatimu itu
Pasti akan ada KEJAYAAN menantimu dihujung sana..

"JALAN TERBAIK UNTUK KELUAR DARI SUATU KESULITAN
IALAH DENGAN 
MENGHADAPI DAN MENGATASI KESULITAN ITU"

Saturday, March 26, 2011

Berkongsi rezeki

:)

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
(cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib
(zakat)perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat
- bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja
(10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Tak salah rasanyakan kalau kita berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan walaupun saya bukanlah seorang hartawan tetapi sekadar membantu setakat mana yang saya mampu.. mudah-mudahan Allah memberkatinya..

Wednesday, March 23, 2011

Penat tapi berbaloi

P.E.N.A.T
itu kita mode untuk 3 hari ni
ye la dari pagi seawal pukul 7
dah bawak budak ke stadium
sampai la pukul 6 lebih baru sampai rumah
dan untuk hari pertama saya sampai di rumah
pukul 7.45 sebab hari pertama ada
MAJLIS PERASMIAN 
 esok dah pun last day
tak sabar nak ke sekolah semula on Friday
walau apa pun penat lelah kami bertiga di Stadium tu
berbaloi bila anak-anak Laksamana berjaya membawa balik 
pingat EMAS..alhamdulillah..

biar pun Penat tapi cikgu-cikgu rasa puas
baru la berbaloikan..
esok last day 
kita pulun banyak-banyak pingat lagi ye
owh kita pulak macam la aku pun lari sama 
nghehehehe

Tuesday, March 22, 2011

Olahraga MSSM kawasan Masjid Tanah

Untuk 3 hari ni 
bermula hari ini 22 Mac - 24 Mac 2011
saya akan berada di STADIUM HANG JEBAT
bagi menguruskan murid-murid yang mewakili sekolah
untuk acara olahraga MSSM peringkat kawasan Masjid Tanah
Ezhan & Erfan mungkin atuk ambik time balik sekolah
kalau tidak kena tunggu sampai daddy datang la..
Harapnya cuaca baik sepanjang tiga hari ni
tak panas sangat & tiada hujan (seperti  kebiasaannya)
dan mudah-mudahan anak-anak SK SRI LAKSAMANA
berjaya membawa balik sesuatu untuk mengharumkan nama sekolah
insyallah...

Monday, March 21, 2011

OBLONG atau RECTANGLE??

 Tak ingat bila
tapi yang pasti time breakfast cuti sekolah hari tu
sekarang ni produk RAMLY pun dah keluarkan daging 
untuk oblong burger
dagingnya ada rempah black pepper kalau x silap 
sebab bila dah masak tu memang terasa pedas sikit la
kurang sesuai untuk anak-anak kecil yang tak suka pedas
yang cerita kat sini bukan pasal rasa burgernya
tapi bentuk daging burgernya
kata-kata tulus ikhlas ni keluar dari Erfan
dia kata ni bukan oblong burger la mummy
tapi rectangular burger hihihi
sebab ni bukan oblong shape tapi rectangle
hehehe...
rasa dagingnya memang sedap la

Sunday, March 20, 2011

Rindu..

Masa tengok NONA tadi ada segmen kuih tradisional
kalau korang tengok mesti tau kuih apa kan..
ada sejenis kuih yang dipanggil KUIH SOPANG
orang Negeri Sembilan panggil Kuih Sopang
rupanya bujur lonjong inti & tepung + kuahnya 
sama saja kaedahnya macam kuih badak berendam
pastu ada satu lagi menu..
PENGAT MEE SANGGUL
owh bila tengok tu tadi tiba-tiba terasa sangat rindu pada seseorang
yang suka makan kedua-dua jenis kuih ni..
siap ber'sms' dengan cousin saya
rupanya dia pun tengok & turut sama merindui orang yang sama..
rindu pada Arwah atuk yang suka sangat makan pengat mee sanggul
especially time bulan ramadhan..
sure dia request suruh arwah nenek buat..
bila arwah nenek & atuk dah takde ni
takde lagi saya jumpe menu pengat mee sanggul ni
sehingga la tadi bila tengok kat dalam NONA tu
sob..sob..sob..tu yang emo terlebih tu
AL-FATIHAH buat arwah atuk & nenek
*KUIH SOPANG..CREDIT TO GOOGLE
puas dok google cari image pengat mee sanggul
tapi tak jumpe :-(

Saturday, March 19, 2011

Botol susu polikarbonat atau BPA-free

Minggu lepas dalam news ada keluar tentang bahaya penggunaan botol susu bayi polikarbonat
walaupun sebenarnya berita tentang bahaya penggunaan botol susu polikarbonat ni dah lama
kalau tak silap since Ezhan kecik lagi saya pernah baca artikel tentangnya
tapi tak tahu la kenapa lama sangat jangka masa untuk disebarkan tentang bahayanya
dah dalam news baru ni pun dok kata pengharamannya akan bermula pada 1 Mac 2012
satu jangka masa yang agak panjang pada saya..kenapa tak dikuatkasakan serta merta??
Entahla kan..tapi yang pasti saya memang menggunakan feeding bottle yang BPA free sejak zaman Ezhan baby lagi
sebab masa tu ada terbaca artikel tentang botol susu polikarbonat dalam majalah pengguna..
tapi sebelum tu saya pernah juga beli botol susu AVENT tapi bukan BPA free tau
sekarang kat Malaysia pun dah ada AVENT yang BPA free lagi mahal dari yang sedia ada tu
sebelum beli baca betul-betul kandungan pada kotaknya
Kalau bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentangnya botol susu polikarbonat
boleh baca kat SINI
bagi ibu-ibu yang berkemampuan sekarang pun dah ramai yang menggunakan botol susu 
yang diperbuat daripada stainless steel jenama Organickidz 
tapi memang pricey la sikit botol tu
ini salah satu design yang ada dari jenama organickidz
Ada jugak glass bottle
tapi ada silicone cover on the body untuk protect the glass..
macam-macam design menarik yang ada.. tapi yang ini jenama SILIKIDS

yang ni brand sweet pea

yang Weego

kalau rasa-rasa berkenan dan nak rembat satu boleh tengok kat

*all images credit to BABYPINKCRAFT*

Thursday, March 17, 2011

Sushi Girl??

Balik dari Melaka Wonderlanda hari tu 
kami singgah Jusco Ayer Keroh kejap
nak singgah lunch je pun
Ez dok sibuk nak nasi pataya daging merah 
kat food court Jusco tu memang terbaik la..
tapi lepas je daddy parking tengok-tengok
Erfan & Mia dah tido..
kesian pulak nak kejutkan jadinya mummy tapau je la 
+ beli sushi sekali sebab lama tak makan sushi

masa on the nak balik rumah tu Mia terjaga
nampak sushi terus nak makan..

tak sangka Mia pun layan sushi sekarang
tak habis kat situ saje..balik rumah sambung balik makan tu 
layan je la ye gambar Mia menikmati sushi ni
Ez kata Mia boleh jadi
SUSHI GIRL sebab suka makan sushi hehhehe

********THE SUSHI GIRL***********

Wednesday, March 16, 2011

Melaka Wonderland lagi...

Memandangkan cuti sekolah kali ni
kami tak dapat nak kemana..
jadi kami ambik kesempatan bawak budak-budak kecik ni
mandi manda di Melaka Wonderland
sebenarnya takde dalam perancangan pun..
mulanya ingat nak bawak mereka jalan-jalan di Zoo Melaka 
saje..tapi sehari sebelum tu dok bermesej la 
dengan sorang member FB yang nak datang mandi manda di Wonderland
kami plan nak jumpe selepas itu..
Malam tu tiba-tiba saje ubah plan
tak jadi la bawak anak-anak ke Zoo
kami ke Melaka Wonderland..
orang takde la ramai sangat masa kami tiba tu
kami sampai dalam pukul 10.00 pagi..
parking pun masih kosong lagi..maybe sebab weekdays kan 
walaupun sekarang ni musim cuti sekolah
daddy beli tiket..macam biasa Ezhan sorang je yang bayar..

Erfan & Mia belum cukup ketinggiannya
tapi Erfan tu dah jejak 3 kaki dah..lain kali sure kena bayar punye
kat pintu masuk tu dah ada pulak sesi bergambar
pandai je dia nak cari duit tambahan..tapi takde paksaan
kalau nak beli la time nak balik nanti..kalau tak nak pun takpe..
tapi kami beli je la buat kenang-kenangan
kat dalam tu saya jumpe CIKLINN..
yeah..dapat jugak jumpekan Ciklinn..
 *gambar ni ada cameraman Wonderland yang snap
tak beli pun tapi dia bagi 1 copy..hehehe
terasa glamour pulak kita ye Linn..
Geram sama itu budak tembam putih gebuss..
tapi tu la masing-masing ada handbag kecik(meminjam kata2 ciklinn)
tak dapat sembang lama-lama..
tengah dok bersembang Ez panggil jaga barang..
sebab dia nak naik slide yang tinggi tu dengan daddy..
pergi la mummy ni ke pool side dekat meja kami tu..
ish..ish..dah nasib kan..
tapi sebelum balik sempat la jumpe sekali lagi
sambil bergambar-gambar..owh since camera NIKON saya dah jammed lens nye
saya menumpang gambar dari ciklinn je untuk gambar-gambar kami..
gambar-gambar lain dalam tu saya gunakan khidmat cik NOKIAh tersayang..
harap-harap lepas ni dapat jumpe ciklinn lagi ye..
ok layan je la gambar-gambar budak-budak ni dengan daddy diaorang ye..
mummy tak larat nak snap banyak-banyak sebab cuaca dah mula panas..
 Erfan..pose macam HERO REMAJA hihihi
 Budak kecik yang kecoh ni..
 APPLES OF MY EYES
 Ezhan on the slide
 Ez sorang je yang nak bergambar..Erfan dah lari belakang mummy..
Mia pulak dah tertido time ni
 Nampak tak cik Mia tu
punye la tak keras hati suruh naik tak nak naik..
 walaupun badan dah menggeletar kesejukan
akhirnya dalam dok mandi pun boleh tertido
penatla tu
mummy bawak naik..mandikan + salin baju
bagi susu akhirnya terlena dia disitu..
time ni dah beralih duduk kat bawak pohon kelapa..
redup la kat situ sementara menunggu
the boys mandi kat area Wave tu

Monday, March 14, 2011

Apa tu ye???

Lately ni kalau mummy sibuk masak (yang sekali sekala tu) 
kat dapur..sure Mia pun akan sibuk sama
for sure dia tak kan sampai nak tengok apa yang mummy buat
Mia akan berdiri atas stool IKEA tu
pastu kepoh la tanya itu dan ini
ni kejadian baru-baru ni
menganga mulut cik Mia..
tengok apa la tu ye??
 SI SIPUT SEDUT rupanya hehehe
 Kemain sibuk Mia tengok siput sedut
pertama kali dalam hidup dia tengok siput sedut ni
muahahaha..
mummy siap asing kan beberapa ekor utk tatapan Mia
dia siap usung mangkuk biru tu ke depan nak tunjuk kat Ezhan & Erfan
abang-abang berdua tu pulak geli gelaman hahahaha

Sunday, March 13, 2011

Breakfast Sunday morning

Gara-gara tengok status FB sorang Mak yong comel ni..
tiba-tiba teringin nak breakfast kat McD gak
walaupun tak mengandung tapi tetap teringin jugak
alhamdulillah..apa yang diingini tu dah tercapai pagi ni
gigih pagi-pagi ke McD Ayer Keroh
mak aii ramainya umat manusia kat McD waktu pepagi ni
almaklumla..time cuti sekolah kan
Melaka dipenuhi pelancong-pelancong
kami ambik Family Breakfast set B
+ Happy Meal A(hot cakes utk cik Mia)
ni set kami

budak kecik dengan hotcakes..

Dah kenyang perut segala 
sebelum balik singgah kat Taman Botani sebelah tu
budak-budak je jalan kaki masuk ke dalam
mummy malas so duduk dalam kereta diam-diam
ingatkan nak sewa buggy
tapi ramai pulak orang kena menunggu tu yang tak suka tu
lain kali je la ye..
The kids in the buggy :-)

Friday, March 11, 2011

Ia Datang Lagi...

Ia datang lagi
ye..CUTI SEKOLAH
datang lagi (kejap je dah cuti penggal)
walaupun hanya untuk beberapa hari
tapi syukur la ia sudah memadai rasanya
dapat merehatkan minda & meluangkan masa bersama keluarga
terutamanya anak-anak

Tinggalkan sebentar timbunan kerja sekolah yang ada
walaupun kelas tambahan malam tetap berjalan seperti biasakan..
Ke mana destinasi kita kali ini
belum dapat dipastikan lagi
Perancangan awal hari tu ingatkan nak ke Terengganu
(menghantar pengantin) + on the way balik boleh singgah mana-mana kan
tapi kami salah date
kenduri kat Terengganu minggu lepas & kami tak dapat join pun
time hari sekolah susah sikit nak gerak jauh-jauh
insyallah 1 hari nanti kami kembara ke sana pulak
untuk cuti kali ni kemana kita ye???
Bestnya kalau dapat bercuti begini..
Hilang semua masalah hehehehe

Wednesday, March 9, 2011

S.A.M.A.N

Kami kena saman

sebab memandu melebihi had laju
tapi bukan atas nama saya
atas nama husband saya kui..kui..kui
paling POYO saman tu dikeluarkan
pada tahun 2005 kat TUMPAT,Kelantan
diulangi TUMPAT, KELANTAN!!!

Entah bila zaman kitaorang pegi Kelantan agaknya
aish..seingat kami la sejak kawin ni
memang belum ada lagi ke Kelantan 
kot Kelantan tu sempadan ngan Melaka & Negeri Sembilan
masuk akal la jugak kan..
adoi aiii tension je..
baru  tau ni sebab check kat myeg
sebelum-sebelum ni renew roadtax & driving license ok je pulak
gatal betul la..malas nak argue
nak cari bukti pun benda dah lama nak tak nak kita bayar je la
tak nak timbul masalah dikemudian hari
bertambah tension bila asyik offline je time kita nak bayar tu
S.E.N.G.A.L sungguh!!

Monday, March 7, 2011

Betul ke??

Baru-baru ni selak paper
keluar berita yang khabar angin bertiup kencang
mengenai Amy Search bakal menjadi pengetua AF 9
*image credit to google
kalau la betul berita tu 
saya akan kembali menonton AF hihihi
sebabnya hari dah lancarkan mogok 
tak nak tengok AF musim 9 ni
sebab Astro nak ambik Ahmad Dhani sebagai pengetua 
ish Astro rakyat Malaysia pun ramai yang berkelayakan
sibuk nak ambik mamat Indon kat seberang tu..
agaknya Astro tak tahan dok kena hentam dengan press
sejak tersebarnya berita diaorang nak ambik Ahmad Dhani tu kan
dengarnya musim ke9 ni musim last untuk AF
lepas-lepas ni takde dah AF kot
paling best bila part berita Astro nak gunakan khidmat Pak Nil
untuk mengacarakan AF9 nanti
*image credit to google
rasanya dalam ramai-ramai pengacara AF selepas Pak Nil tu
memang takde siapa pun yang dapat menandingi Pak Nil
beliau memang yang terbaik la
mudah-mudahan Pak Nil dapat menaikkan kembali
rating penonton untuk AF9 ni
*teringat zaman-zaman kemasyuran Akademi Fantasia ni
AF1, AF 2, AF 3 masuk keempat dan seterusnya dah mula suam-suam kuku

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015