Tuesday, May 29, 2012

Pulau Kapas (PART I)

Nak share kisah perjalanan kami ke Pulau Kapas hari tu.
Bertolak dari sekolah 18 Mei (malam) dalam pukul 11 juga baru gerak dari sekolah.
Wajib pose,gambar dalam bas masa baru nak gerak.
 Rasanya bas tu ikut jalan Melaka-Segamat-Muadzam-Kuantan-Terengganu
Sebab malam kan,tak berapa perasan sangat.
Tapi yang pasti memang lalu Segamat la sebab kami ada stop kat 1 area kedai makan ni
untuk buang air.(Alhamdulillah,bersih tandasnya :p )
Kemudian singgah rehat sekejap kat R&R Muadzam..driver bus la yang nak rehatkan,kita ni luruskan pinggang + panaskan badan je (serious sejuk giler dalam bas tau,pakai sweater & stokin pun memang x membantu) Masing-masing dah berguling-guling macam tenggiling dah kat seat masing-masing menahan sejuk.Ayat paling power dari sorang member kat abang driver masa tu "Bang,boleh slow kan aircond tu x?" "Air cond bus tak macam air cond kereta cikgu" hahahaha ambik ko!!Ingatkan macam naik kereta boleh control aircond nya..Kami berhenti solat Subuh di 1 masjid di Kemaman. Tak perasan nama masjid tu tapi yang pasti tepi jalan. Meneruskan lagi perjalanan ke Kuala Terengganu dulu pagi tu.Singgah sarapan di gerai tepi jalan di area Rhu Rendang dalam perjalanan nak ke Kuala Terengganu tu.Pergh..masing-masing memang membedal menu tradisi pantai timur masa ni.Ada yang makan nasi dagang, nasi kerabu dan juga nasi minyak (rasa pelik wei breakfast nasi minyak)Sampai di Kuala Terengganu,kami terus ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man.Memandangkan saya dan BFF saya memang dah pernah sampai sini sebelum ni,jadi takde la teruja sangatkan masa nak turun bas tu.Orang lain sibuk dah nak nak ke sana ke mari dengan camera masing-masing tapi kami lenggang lenggong pegi toilet masjid nak mandi hahahaha (segar badan time ni)
Masjid Kristal

Taman Tamadun Islam

Kami yang 'fresh' hehehe
  Lebih kurang pukul 12.00 kami gerak ke Marang semula. Ke Jeti untuk ke Pulau Kapas kita ye..boat kami pukul 1. Sementara tunggu pengerusi kelab settle kan tiket untuk ke seberang kita posing dulu ye...  
Kita posing jap..tu belakang tu boat/ferry nya
 Perjalanan dari jeti di Marang ke Pulau Kapas tu dalam 30 minit je.
Kakak-kakak yang sporting

Us again...

Cuma masa nak pegi tu kami kena tukar boat dalam perjalanan nak sampai tu sebab masa kami tiba di sana,air surut.Boat yang kami naik tak dapat nak hantar sampai ke tepi.Gigil lutut beralih-alih boat kat tengah lautan ni.(untuk orang yang tak pandai berenang macam saya la)Gambar tukar boat takde ye.Bag pun cikgu lelaki tolong angkatkan gatal ko nak keluarkan camera pulak kan.Pang sekali baru tau..tapi ada member snap gambar masa atas boat 1 lagi tu.Nanti nak minta ihsan dia gambar kami tengah gigil tu hihihi Alhamdulillah,selamat sampai kat jeti pulau kapas.Pheww kena menatap ke resort time ni.Sangat-sangat mencabar ok.Meredah pasir pantai yang halus tu,kami menginap di Kapas Coral Beach Resort. Sampai-sampai je terus lunch dulu.
Muka-muka keletihan
Kami letih juga, tapi demi kamu cik'camera' kita lebarkan senyuman. Perasan tak tiap kali kami bergambar gambar cikgu lelaki kat belakang tu sure terselit sama.Hihii tu bodyguard kami sepanjang berada di Pulau Kapas.Thank you cikgu Jeffri sudi melayan karenah adik-adik mu yang 2 orang ni.
 Dapat kunci,masing-masing berlumba-lumba masuk bilik. Resort ni under construction masa kami datang.2 pair of us dapat bilik lama(sebab tak cukup bilik baru)salah 1 pair yang dapat bilik lama tu kami la..tapi takpe yang penting ada aircond dan selesa(tapi bila baru jauh lebih selesa la) solat jamak,luruskan pinggang kejap dalam pukul 4.00 nak keluar balik untuk snorkeling..
Ni bilik kami
Ni bilik pasangan 1 lagi..kira neighbour kami la ni
Bilik baru..cantik yang ni

Bilik kami..alhamdulillah bersih.Kawan-kawan pakat jealous sebab ada kelambu pink tu hehehe

Last but not least..kami lagi.Nak rest dulu nanti sambung ye
(Part II nanti sambung karangan lagi ye...hihihihi)

Saturday, May 26, 2012

Corat coret SAMBUTAN HARI GURU 2012

Biar pun lambat tapi tetap nak tepek cerita Sambutan Hari Guru 2012 sebagai bacaan dan kenangan untuk diri sendiri. Seperti tahun-tahun sebelum ni,pagi tu ada perhimpunan macam biasa. Ada ucapan kemudian baca perutusan, bacaan ikrar dan Nyanyi lagu Tema & Lagu Guru Malaysia(the best part). Lepas tu mula la acara di padang pulak.Tahun ni guru perempuan main futsal,guru lelaki main bola sepak berkain pelikat.Lepas tu ada permainan rakyat ikut kumpulan yang ditetapkan.Main galah panjang dan baling slipper.Penat belum hilang,peluh pun belum kering betul masuk dewan pulak untuk persembahan.Time ni la guru-guru yang ada bakat terpendam tu tunjukkan bakat masing-masingkan. Cukup pukul 1.00 tengahari majlis bersurai.Tahun ni guru-guru SKSL diraikan di Ismah Beach Resort untuk Jamuan Hari Guru.Alhamdulillah dengan sambutan Hari Guru yang serba sederhana tetapi sangat meriah.Yang penting semua cikgu pun happy.Balik dari Ismah Beach Resort,kami terus zassssss ke Alor Gajah.Ziarah GB kami.Siap bawak cake secret recipe tau.Ye la GB kan tak sihat,masih lagi bercuti sakit maka untuk melupakan beliau kami kesana bagi sama-sama meraikan sambutan hari guru dengan beliau.Harap GB cepat sembuh belum kembali ke sekolah semula..insyallah.Ok jom layan gambar-gambar Sambutan Hari Guru di SK Sri Laksamana untuk tahun 2012 ni ye

Anak-anak SKSL berkumpul di Dataran Perhimpunan.Alhamdulillah,cuaca sangat baik
Kita posing jap sebelum majlis mula ye
MEN IN BLACK sebelum beraksi 
Sebahagian dari English Panel committee
Bacaan ikrar
Gimik Hari Guru 2012 memang terbaik la

Futsal SKSL.Beruan comel vs Angsa Ganas
Footballer SKSL,comel je kamu Faruz bila begitu cuba nanti train budak bola begini juga

Undi siapa nak mula dulu
Memang happening betul la
Baling slipper
Terror tu

Susah jugak rupanya

Dalam keletihan sempat pose lagi tu
Galah Panjang..time ni cikgu lelaki tak join.
KAMI-KAMI yang sporting...WE ARE FAMILY
Meja kami di ISMAH BEACH RESORT
Sebahagian dari ahli Panitia English..Baju Panitia baru tu

 Ok itu saja corat coret Sambutan Hari Guru SK Sri Laksamana 2012.Ada rezeki,panjang umur Sambutan Hari Guru tahun depan kita buat lagi meriah ye. Nantikan entry sambutan Hari Guru kami yang lebih meriah di suatu tempat yang agak jauh dari bumi Melaka untuk next entry..TUNGGUUUUUU

Sunday, May 13, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah..ini kira salah satu hadiah Anniversary tahun ni. Hadiah ni dah dapat awal dari tarikh anniversary..thank you abang..Sebenarnya,hadiah bukan ukuran..memadai sekadar kasih sayang dan kebahagiaan yang dicurahkan selama ini.Apa-apa pun,orang memberi kita merasa.Orang memberi kita menerima...muaaaaah love u always

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 12, 2012

OuR 11th Anniversary

Syukur Alhamdulillah..
Pejam celik,pejam celik sudah 11 tahun rupanya. Semoga kami terus kekal bahagia disamping anak-anak tersayang.Insyallah..

Monday, May 7, 2012

Pernah x korang??

Cuba tengok gambar kat bawah ni..pernah x korang jumpe masa zaman sekolah rendah dulu? Kalau yg bersekolah rendah sekitar tahun 80an sure pernah jumpe ni..Apakah dia???

Untuk adik-adik yang terpernah jumpe benda ni..ini adalah gam yang diperbuat dari Kanji. Ada 1 lagi jenis mcm mangkuk kecil tu siap ada sudu kecil utk sapu tu kan.Kalau dulu kat kedai buku sekolah saya jual 20sen 1 tiub ni.Sekarang wujud lagi ke ye gam mcm ni??Walallahualam..

Saturday, May 5, 2012

Jumpe teman online

Alhamdulillah..semua yang dirancang berjalan lancar.Dapat juga bertemua seorang rakan yang dah lama dikenali tapi tak pernah bersua muka. Hari ni Allah makhbulkan doa kami,hambaNya. Dapat bertemua Aimi dan anak-anaknya yang berada di TBR Port Dickson.Memang hari tu Aimi bagi tahu dia nak ke PD kami dah plan nak jumpa.Tadi memang saja turun ke PD untuk bertemu Aimi. Insyallah,panjang umur ada rezeki lain kali kita jumpa lagi.Nice meeting you my dear friend.. ☺

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015