Friday, November 30, 2012

Tamat kurus 5 hari ^-^

Alhamdulillah..kursus 5 hari dah berakhir dengan jayanya. Syukur..banyak input yang diperolehi tak sabar pulak rasanya nak apply dengan budak-budak next year. Next year pulak continue ye..owh..jauh lagi perjalanan nak complete kan 480jam tu.
Esok Sabtu kalau jadi kita nak terjah MAHA sebab dah terlanjur nak pegi kenduri di seksyen 3...Ahad,ada misi lain pulak untuk Ezhan.

Thursday, November 29, 2012

SHARING IS CARING

Atas permintaan dari seseorang untuk dikongsikan resipi kek coklat entri yang lepas..
Maka disini kita tepekkan resipi kek coklat untuk sesiapa yang ingin mencubanya...
Bahan-bahannya mudah saja dalam erti kata lain kalau kat supermarket boleh jumpalah..

BAHAN-BAHANNYA
2 cawan tepung gandum
1 cawan sebuk koko
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
(Ayakkan semua bahan diatas)
2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak (kita guna minyak jagung)
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas
 CARA-CARANYA
Masukkan semua bahan diatas. Pukulkan sampai kembang. Pecahkan telur satu persatu.Pukul lagi sehingga sebati..kemudian masukkan kesemua aduan ke dalam acuan. Bakar sehingga kek masa pada suhu 160-170 cc (ikut oven juga sebenarnya hihihi) 
Kalau tak nak bakar,boleh kukus juga dan kukus lagi sedap sebab kek jadi sangat lembab.YUMMMY!!!!
Bila dah masak..sejukkan sekejap letak la topping. Kami hari tu tak sempat nak letak topping lil monsters kat rumah ni semua dah menunggu..
Buat my dear SISTER kak SHAM..SELAMAT MENCUBA okey.. 

Wednesday, November 28, 2012

Kek coklat

Malam tadi lepas makan malam cepat-cepat jalankan misi nak baking.Alhamdulillah..kek menjadi.Tapi x sempat nak letak topping,Ezhan dgn Mia dah menanti.hihihi malam tadi je diaorang makan lebih dari separuh..termasuk la daddy.Erfan je makan pagi ni sebab dia tido awal malam tadi.Anak-anak dan suami suka so nanti boleh repeat lagi..kat rumah ni kalau apa-apa yang chocolate flavour memang laju je..especially plain choc.Tak nak yang ada nuts or raisin ni..

Add caption

Tuesday, November 27, 2012

Tiba-tiba TERINGIN!!

Tiba-tiba mood nak baking datang!!
Adoi aii x boleh ditahan-tahan dah ni
Nak baking juga..walaupun dah malam.
Takpe kita baking lepas selesai makan malam nanti.
Esok baru tepek gambar kek apa yang terhasil malam ni ye..
♥♥♥♥♥

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KURSUS OH KURSUS

Kursus seminggu bermula semalam..
Mujur la tempat kursus tu dekat Makmal Komputer sekolah sendiri je
Hihihi sangat syiok!!!
Dah la kursus half day je hahahaha
Yang tak berapa nak best kursus ni akan berlanjutan sehingga November 2013
Setiap Rabu petang, setiap minggu pertama cuti sekolah juga..
Demi melengkapkan 480 jam dan bagi merealisasikan
PELAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN yang diuar2kan tu..
Harap-harap berhasil la..banyak dah duit yang dilaburkan untuk projek yang satu ini.

Sarapan siap-siap dirumah..hihihi

Syok bila attend course ada kawan,yang belakang tu trainer kami.Nama dia Justin Miller.Trainer dari British Council

Modul untuk setahun..pergh...

Saturday, November 24, 2012

Rise of the Guardians

Kita tumpang bergambar je la Mia hihihi
Ni sementara tunggu daddy beli popcorn & air..Finding Nemo 3D ni yang lama ke yang baru ye??

Adult RM11,kids RM6

Ni kira early birthday treat untuk Erfan.
Kami bawak dia pegi tengok movie a day sebelum birthday dia tu.
Unplanned program sebenarnya..pagi tu teragak petang tu terus terjah GSC Aeon Bandaraya.
Ingatkan nak bawak dia tengok movie Life of PI tapi belum release la pulak kat Melaka.
Orang agak ramai juga petang 22hb tu...ramai yang Q sama dengan kami tu nak menonton movie The twilight Saga breaking dawn tapi kami saya tak minat movie macam tu so kami decide untuk bawak kanak-kanak ribena tu menonton RISE OF THE GUARDIANS..Best movie ni. Budak-budak ni enjoy dengan characters macam Santa, Tooth Fairy, Easter Bunny, Jack Frost, Sandman dan Boogeyman tu, Cuma to me,as a parent kita kena pandai explain balik tentang characters tu semua..sebab macam Erfan ni,dia keep on asking ada ke life kat atas awan sana?Ada rain deer eh kat atas tu hidup dengan Santa?Sebab sebelum ni pun time gigi dia patah,dia nak simpan bawah bantal supaya bilik malam Tooth Fairy datang ambik dan replace dengan duit keesokkannya..Tak mahu dia keliru,mummy cepat je explain kat dia itu semua cartoon characters je..tak wujud pun. Mujur la dia boleh accept dan dia siap cakap balik Allah yang cipta kita semua kan mummy?Allah yang cipta sun & moon juga kan??Owh..syukur Alhamdulillah dia konsep movie dan realiti..
Kita tengok movie ni
 Opsss berbalik pada movie ni memang interesting sebab the animation sangat menarik terutamanya untuk kanak-kanak at their age...On the way back,masing-masing dah list out the next movie yang diaorang nak tonton,Hotel Transylvania la, Wreck it Ralph la semuanya movie diaorag..
Ni dah masuk dalam list diaorang

Yang ni jugak..
Nak tengok siapa nak teman ni huhuhu

Aaarghhhh frustnya!!Mummy nak tengok Tomok,Beto & Lisa kat Istanbul Aku Datang tapi takde sorang pun yang nak teman.Kalau Ezhan siap cakap,mummy book kat Astro first je la nanti huhuhu

Friday, November 23, 2012

Happy 6th Birthday ERFAN SHAFRI

 23 November 2012
Erfan 6 tahun hari ini.
Kesian dia,dah hujung tahun baru nak masuk umur dia sepatutnya.
Begitu la nasib anak-anak yang lahir hujung tahun kan.
Dalam 3 orang adik-beradik Erfan ni "bam-bam" sikit masa baby berbanding yang lain.
Happy Birthday Muhammad Erfan Shafri.
Mummy doakan Erfan berjaya didunia dan akhirat.
Semoga Erfan membesar sebagai anak soleh dan menjadi kebangaan keluarga ye sayang,
Mummy,daddy, abang Ezhan & adik Mia sayang Erfan banyak-banyak..
Ok..kita share sikit gambar-gambar Erfan dari baby(bam-bam) sampai la sekarang,random pix ye..
Erfan masa kecik

Erfan dengan atuk,nanny, wan,uncle & kwn2

Erfan & abang Ezhan

Erfan & Mia

Erfan dengan daddy, mummy & adik beradik yang lain

Wednesday, November 21, 2012

Violin class

image credit to google

Dah bagi hint pada Encik suami tersayang tentang hasrat nak hantar cik Mia pegi music class. Mummy rasa nak hantar Mia untuk belajar main violin dan nampaknya daddy macam sokong la dengan hasrat mummy yang satu itu sebab dia sama-sama tolong survey cari music school yang ada offer violin class. Tapi rata-rata yang kami survey dan tanya semua nak student dari age 6 years old kecuali ada 1 tu dia accept student dari 5 years old. Ada yang boleh ajar student age bawah dari umur tu tapi fee dia tinggi la sebab instructor akan datang rumah..Mungkin 2013 la kot kita start awak punye violin class ye Mia..kita tengok schedule mummy dan daddy untuk tahun depan macam mana ye. Fee rata-rata lebih kurang sama saja. Opppsss hantar pegi music class bukannya nak anak jadi ahli muzik ye kawan-kawan.Saya tetap nak anak berjaya macam orang lain juga..pilihkan dia untuk ikut music lesson ni hanya sebagai mengisi masa lapang..supaya biar la dia ada kemahiran dalam 1 alat muzik sekurang-kurangnya sebab dalam adik beradik dia seorang saja yang nampaknya berminat ke arah itu.Walaupun takde la terlintas 1 hari nanti nak tengok Mia main violin atas stage macam Vanessa Mae ke kan cukup la sekadar mengesek violin untuk family saja.
 Akademik & mempelajari ilmu agama tetap menjadi keutamaan kami dalam mendidikan anak-anak..insyallah

Tuesday, November 20, 2012

Dari jauh ku titipkan doa buatmu..

Sedih..pilu..marah semuanya bercampur baur..
Hanya mampu menitipka doa dari kejauhan semoga semua Umat Islam di Palestin berada dibawah lindungan Allah selalu terutamanya anak-anak kecil dan golongan hawa yang tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa hingga diperlakukan sedemikan rupanya.
Mudah-mudahan segalanya akan berakhir tidak lama lagi...semoga tiada lagi bunyi bedilan peluru berpandu,bunyi tembakan yang bertalu-talu tanpa mengira waktu,tiada lagi titisan darah merah yang mengalir di bumi Palestin.
Ya Allah kau selamatkan hambaMu yang berada disana,kau lindungilah mereka dari kekejaman tentera Israel, kau peliharakanlah masjid Al-Aqsa dari menjadi mangsa bedilan tentera-tentera yang zalim itu. Hanya padaMu tempat kami meminta Ya Allah,kau perkenankan la doa hambaMu ini...
*Jahatnya tentera-tentera Yahudi ni,tiada langsung rasa belas dihati mereka agaknya..Kalau semuanya bersatu terutama sekali negara-negara Islam disekeliling Tel-Aviv tempat kubu kuat rejim Yahudi ini berpakat menentangnya habis-habisan sudah tentu Islam akan menang dan negara Palestin akan kembali aman*

Sunday, November 18, 2012

TAHNIAH!!!Patah Seribu - Shila Amzah

AIM 19: Penantian 12 Tahun Shila Amzah Berbaloi
Gambar credit to Murai.com
Tahniah Shila Amzah diatas kemenangan beliau malam semalam apabila lagu Patah Seribu dinobatkan sebagai lagu terbaik AIM ke 19.
Mungkin ramai yang kurang senang diatas kemenangan anak kepada pasangan ND Lala dan Fauziah Sharman.Ye la masing-masing pun ada penyanyi pujaan sendirikan,maka bila artis A kalah di tangan artis B pasti ada saja cerita-cerita kurang enak kedengaran.
Sejujurnya saya rasa semua yang tercalon untuk kategori tersebut punya kelebihan serta kekuatan tersendiri dan malam tadi rezeki menyebelahi beliau. Dan Shila juga layak untuk menang malam tadi,she had such powerful voice..TAHNIAH sekali lagi Shila..Akhirnya menang juga anugerah di negara sendiri setelah hampir 12 tahun menanti(sekadar memetik kata2 beliau memberi ucapan semalam).Teringat lagi masa mula-mula posting mengajar di Kuala Lumpur sekitar tahun 2000 ada seorang kawan tunjukkan kaset & cd lagu kanak-kanak nyanyian Shila Amzah yang masa itu masa disekolah rendah dan kalau tak silap PIBG SK Danau Kota turut menaja kos rakaman album tersebut. Dan sekarang ini sudah meletakkan nama beliau sebaris dengan artis-artis terkenal tanah air. Semoga lebih success lagi selepas ni..

Saturday, November 17, 2012

Isnin yang mendebarkan

Akhirnya..setelah hampir berbulan-bulan berhempas pulas memerah keringat untuk kejayaan anak-anak tahun 6 kat sekolah tu,Isnin ni 19 November 2012 result UPSR akan diumumkan disekolah-sekolah seluruh Malaysia..Apa la agaknya result budak-budak kelas yang saya ajar tu agaknya.Risau juga dibuatnya..harap-harap percentage untuk English Subject pun baik juga untuk 2012.Insyallah berkat usaha keras mereka selama ini pasti ada sesuatu yang menggembirakan menanti mereka..
Agak-agaknya apa perasaan UPSR candidates SK Sri Laksamana ni ye??Cikgu-cikgu yang berdebar lebih rasanya ni..phewwww

Friday, November 16, 2012

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Bila cuti sekolah memang tak boleh nak elak la untuk masuk ke dapur.Ye la,time sekolah selalu sangat culas bab masak ni..banyak tapau @ makan diluar dari mengasapkan dapur dirumah sendiri.So kira time cuti ni nak qada' balik mana-mana yang lompang tu kan..Minggu pertama cuti sekolah kita asal skill buat dessert dulu,Senang je pun..sagu gula melaka..sebab musabab buat ni tekak teringin sangat nak makan tapi kat sini susah nak jumpe kecuali time ada pasar malam je..alhamdulillah..menjadi.Takde la susah sangat rupanya..lepas ni boleh try buat lagi.. Meh nak share sikit resipi nya..
Part A
200gm Sagu
6 Cawan Air
Part B
2 Cawan Santan
2 Cawan Air
Daun Pandan
Garam secukup rasa
Part C
1 Gula Melaka (Bentuk macam silinder tu)
3 Cawan Air 
Daun Pandan
Cara-cara
1. Rendam sagu dalam 5 minit. 
2. Panaskan 1 cawan air sehingga mendidih & masukkan sagu. Kacau sentiasa & tambahkan air sedikit demi sedikit lagi sehingga masak jernih.
3. Masukkan dalam bekas, biarkan seketika & sejukkan dalam peti.
4. Masakkan santan, air, daun pandan & garam selama 5 minit dalam api perlahan. Sejukkan dalam peti.
5. Masakkan gula melaka, air & daun pandan sehingga gula melaka larut dalam api perlahan. Sejukkan dalam peti.
6. Hidang dengan masukkan santan dahulu ke atas sagu. Kemudian masukkan gula melaka. Maka jadilah lapisan sagu, gula melaka & santan! Siap untuk dimakan.
Asst  sedang mengacau sagu supaya tidak melekat

Masak atas api yang perlahan dan kacau sentiasa..sehingga sagu bertukar warna jernih
Masakkan pulak santan juga atas api yang perlahan..masukkan daun pandan yang telah disimpul
Masakkan pulak air gula..jangan lupa daun pandan untuk dapatkan bau yang wangi

Photo by emyomar
Tadaaaa ini la hasilnya.Kalau letak dalam bekas jernih tu nampak la layer nya.
 SAGU GULA MELAKA NI SEDAP DIMAKAN SEJUK-SEJUK..LEPAS MASAK SIMPAN DULU DALAM PETI AIS SEBELUM DI NGAAAAP YE!!

Wednesday, November 14, 2012

His final year in kindy

Tahun ni last Erfan berada di Prasekolah,next year dah Tahun 1. Dah besar dah budak sorang ni.Macam mana la dia bila berada di Tahun 1 nanti tu.Adeh!!Risau pulak..hopefully Erfan boleh sesuaikan diri la nanti ye.Hari tu cikgu Erfan hantar dia dan 2 orang lagi kawan untuk jadi wakil Majlis Konvokesyen Peringkat Negeri di Ayer Keroh D'Village.Salah sorang wakil tu budak perempuan yang bestfriend Erfan tu,Erin nama dia. Sorang lagi wakil Prasekolah Pendidikan Khas..nama Irfan juga.Anak istimewa..baik je budaknya. Lepas tu majlis konvokesyen di Dewan Sekolah pulak kan..kira 2 kali naik stage la tahun ni...Meh la gambar-gambar Erfan semasa kejadian.Ada seciput je pun masa tu..
Majls Konvokesyen Peringkat negeri
Tunggu giliran
3 orang wakil Prasekolah SK Sri Laksamana..yang belakang Erfan tu namanya Irfan juga

SEMOGA LEBIH BERJAYA DAN CEMERLANG DI TAHUN 1 NANTI YE SAYANG...

Tuesday, November 13, 2012

Hi Tea Sekolah

Jamuan akhir tahun sekolah kali ni buat Majlis Hi Tea di,Pantai Puteri Hotel..
Dalam masa yang sama,majlis perpisahan untu Guru Cemerlang Matematik sekolah yang akan bersara bulan Disember nanti.Memandangkan time tu dah cuti sekolah so Kelab Staff buat majlis tu lebih awal. Alhamdulillah..hotel baru under MAINS ni nampak bersih dan selesa..nice hotel.Food pun not bad..Overall sangat berpuas hati dengan majlis petang itu walaupun tak dapat hamper cabutan bertuah..

Ahli meja kami

Yum..yum..yum..

Yang di raikan..EnMohd Nor dan isteri

As usual kalau ada rakan yang bersara harus guru-guru SKSL ke depan untuk perform

Rakan-rakan yang sporting

Muaaaah

Selamat Bersara cikgu Mohd Nor

Geng-geng yang giler camera

Monday, November 12, 2012

Goody bag Mia

Sambungan cerita birthday Mia..dia bawa juga cake untuk makan bersama kawan-kawan di sekolah..Mummy prepare kan juga goody bag untuk kawan-kawan Mia. Alhamdulillah,tahun ni Mia dapat kongsi kegembiraan bersama kawan-kawan dia juga..

Rainbow

Sebab Mia suka HELLO KITTY gigih mummy design sticker ni untuk Mia

Antara isi goody bag, ada marshmallow,chocolate, cupcake,waffer& keropok

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015