Sunday, September 29, 2013

Kenduri Aqiqah si kembar

Dais,goody bag dan decoration semua tu hasil sentuhan aunty saya
 Salam..
Apa cerita weekend kawan-kawan.
Alhamdulillah weekend kami berkumpul dengan family tercinta.
Kami menghadiri kenduri aqiqah my twins nephews kat Taman TAR,Ampang.
Cucu kembar aunty saya.Alif Zafran (AZ1) dan Aqif Zahran (AZ2)
Dua budak lelaki ini sangat well behave sepanjang majlis cukur jambul.
Dengan memberi kerjasama yang sangat baik.
The twins with the nannies..

Coffee corner with awesome food
Food pun superb..alhamdulillah.
Seronok sesekali dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.
Semoga the two boys akan membesar sebagai sebagai anak yang soleh
 dan menjadi kebanggaan keluarga,insyaallah
Before and after..

Monday, September 23, 2013

Sayangi Diri Kita♥♡♥

Salam semua..
Alhamdulillah hari Isnin berjalan lancar hari ini.
Ada Kem 1M1S petang tadi disekolah.
Kalau nak kira penat macam nak pengsan dah rasanya ni.
Tapi celikkan mata juga demi drama "JODOH ITU MILIK KITA" hahaha
Bila iklan kita curi-curi update blog.
Nak share cerita weekend kami hari tu.
Mula-mula pegi survey jalan dan tempat meeting untuk marking paper Rabu ni nanti.
Sah jumpe lokasi yang dicari kami terus ke Aeon Ayer Keroh.
Time kami masuk area supermarket tu ada counter utnuk check kadar kolestrol dalam darah sambil promote susu Omega Plus
Seperti biasa..en suami suruh isteri dia yang agak tembam dan kembang ini check kolestrol.
Yela..saya kan kurang bersenam dah la makan macam-macam.
Giler debar menunggu result tu muncul.
Tapi bila result keluar alhamdulillah kadar kolestrol saya normal..dibawah paras berjaga-jaga.
Tapi kadar kolestrol en suami pulak yang berada pada paras border line dan perlu berjaga-jaga.
Atas rasa kesedaran yang timbul maka kami terus memborong susu Omega Plus untuk kegunaan kami berdua.
Kena banyakkan aktiviti bersenam lepas ni dan kurangkan makan makanan yang berlemak.
Cara penyediaan makanan juga perlu berubah perlahan-lahan kearah gaya hieup yang lebih sihat.
Mujur la kat rumah kami ni memang tak peminat organ-organ dalaman seperti hati,pedal dan hempedu..cuma saya sorang suka paru kalau digoreng garing-garing.
Makan sesekali ok kot kan hihihi
Kesimpulan yang kami dapat ketahui la gemuk atau kurus seseorang itu bukan penentu kandungan kadar kolestrol  seseorang individu itu.
Ia bergantung gaya hidup seseorang itu sebenarnya.
Jom!!Kita berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat..
Kita semua pasti mampu berubah walaupun secara perlahan-lahan kan..

Friday, September 20, 2013

Menu D.I.E.T

Salam..
Nak share tentang menu diet.
Alhamdulillah..perut makin hari makin dapat menyesuaikan diri.
Kalau hari sekolah pun memang dah tak turun ke kantin.
Bawak bekal sendiri je.
Kalau terlewat bangun bawak mana-mana yang sempat je la.
Meh nak share sikit antara menu favourite yang mudah dan simple.
Esok weekend macam biasa cheatday!!!
Apa menu nak makan esok ni??
Mula la kepala lingat berfikir hihihi

Thursday, September 19, 2013

SABAR itu INDAH ^_^

Salam
Selamat Hari Jumaat semua.
Kejap je dah habis seminggu kan.
Pejam celik pejam celik bulan 9 pun dah nak sampai ke penghujungnya.
Hari saja nak share sedikit nasihat dan ingatan buat diri sendiri juga.
Maklumla hari Jumaat yang indah.
Cerita pun biar la yang baik-baik saja kan.
Benda ni berlaku pada diri saya sendiri.
Bila bekerja kita sentiasa mengharapkan suasana kerja yang kondusif.
Dikelilingi rakan sekerja yang ikhlas bekerja dan berkawan dengan kita kan.
Baru la seronok bekerja sebagai satu pasukan.
Tapi kadang kala tak semua yang kita hajati itu dapat kita nikmati.
Memang akan timbul rasa kurang selesa
Bila bekerja dikalangan manusia yang tak ikhlas bila berkawan.
Walaupun bukan semua
 tapi sebilangan kecil ini kadang kala boleh menjadi duri dalam daging sebenarnya.
Depan baik belakang mengata.
Dengki dengan kelebihan dan kejayaan orang.
Paling terkesan dihati bila kena fitnah.
Sedih memang sedih..
Tapi atas nasihat dan pesanan family & rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari belakang.
Supaya bersabar dengan segala dugaan dan jangan cepat melatah.
Benarlah kata seorang rakan..
Allah itu Maha Kaya lagi Maha Mengasihani.
Sentiasa menduga hambaNya dan kepada DIA juga kita memohon pertolongan.
Alhamdulillah sekarang segalanya telah terbukti.
Yang memfitnah kini malu sendiri.
Bila cerita dijaja tiada langsung kebenaran.
Saya berpegang kepada keihlasan dan jujur dalam bekerja.
Insyallah segala-galanya akan terbalas juga.
Sesungguhnya MARAH ITU MEMANG MUDAH
tetapi SABAR ITU LEBIH INDAH sebenarnya..
Biar orang buat kita jangan sesekali kita membalasnya.
Ingat doa orang teraniaya sentiasa didengar olehNYA.
WHAT GOES AROUND COMES AROUND guys!!

Wednesday, September 18, 2013

Shawl ke SEKOLAH

Salam..
Minggu ni konon-kononnya nak ber shawl pegi sekolah.
Biasanya kalau family outing sekarang ni mmg lilit-lilit shawl.
Tapi Selasa baru ni menggatal nak lilit shawl gak.
Dah la terlewat keluar rumah..
Lepas tu pepagi lagi dah jengah toilet.
Nak betulkan lilitan.
Pantang nampak cermin sure nak tengok.
Takut lilitan lari dari tempat sepatutnya.
Hari tu memang sawan cermin la kiranya 
hihihi
Paling best bila lepas rehat masuk mengajar 1 kelas tahun 3.
Ada budak-budak ni siap tegur..
"Eh..teacher pakai tudung baru ye??"
"Lawa teacher pakai shawl macam Najwa Latif ni,nampak macam teenager"
hahahah pitam jap teacher masa tu!!
Lepas ni akan selalu la pakai shawl nampaknya 

Monday, September 16, 2013

Ke KLIA lagi

Salam..
Isnin cuti Hari Malaysia kami ke KLIA lagi.
Kali ini hantar atuk dan nanny Mia berpergian lagi.
Kali ini tak lama seminggu saja.
Destinasi mereka dalam negara saja.
Masa atuk tolak trolley luggage Mia dah mula bising.
Kita ni asyik hantar atuk dgn nanny naik aeroplane aje.
Bila pulak kita nakn terbang sama ni daddy??
Hahahhaa haish bersabar la wahai anak.
Cuti sekolah nanti insyallah kita ajak daddy pegi jalan-jalan pulak ye.
Doa-doa Mia kita dapat terbang tinggi-tinggi pulak lepas ini.
Bye atuk & nanny..
Muka sedih je macam nak nangis time ni tapi control lagi sebab kat public place kan

Masa di KLIA kali ni berkesempatan bertemu BFF yang lama dah x bersua.
Rindu sangat rasanya dengan teman baik yang satu ni.
Alhamdulillah sempat la kami berborak-borak melepas rindu walaupun tak lama.
Lagi pun member tu dalam working hours.
Mintak kebenaran keluar kejap saja.
Insyallah ada rezeki kita jumpe lagi nanti ye Tila.
Kawan baik sejak zaman belajar lagi ni

SELAMAT HARI MALAYSIA

Picture Credit to google
Salam..
Selamat Menyambut Hari Malaysia semua.
Alhamdulillah negera kita masih kekal aman damai.
Semoga kemakmuran yang dikecapi ini kekal selamanya.
Hujung minggu yang agak panjang
Cuti 3 hari minggu ni kan..tapi kami tak kemana-mana pun.
Demam selsema tak larat nak bangun huhuhu
Sabtu baru ni gagahkan diri memenuhi jemputan kenduri kawin anak jiran.
Alhamdulillah hari ini makin kebah demamnya.
Rancangnya Isnin mahu berjimba-jimba keluar ukur jalan bersama anak-anak.
Kemana kita?Destinasi yang belum pasti hihihi

Sunday, September 15, 2013

Teringin Apam Beras

Salam..
Cuaca mendung dan lembab je sepanjang hari.
Masjid Tanah baru lepas hujan.
Tetiba tekak sangat-sangat teringin nak makan apam beras.

Owh!! Mana nak cari ni!!
Nak buat sendiri tak berapa nak rajin.

Hari ni Masjid Tanah ada pasar malam.
Harap-harap dapat ketemu apa yang diidamkan nanti.
Tertelan-telan air liur disaat mengoogle gambar ni tadi.
Huhuhu dasyat punye teringin ni :-p
Pic credit to google

Wednesday, September 11, 2013

UPSR tiba jua!!

Salam..
Hari ni dah masuk hari kedua.
Anak-anak di tahun 6 menghadapi UPSR.
Mengharapkan cuaca pagi ini sama macam semalam tak hujan.
Cikgu yang over berdebar menunggu paper esok.
Dah 2 malam berturut-turut tak lena tido ni.
Semoga Allah memberkati segala usaha mereka selama ini.
Guru-guru sekadar pembuka jalan mereka yang akan mengatur langkah sendiri.
Selamat Berjuang anak-anak Sk Sri Laksamana

Saturday, September 7, 2013

Sekolah Ganti

Salam
Bersiaran live di Bilik Guru.
Bersekolah Ganti har ni ye kawan-kawan.
Mood kena keje hari Sabtu ni sangat kelaut.
Tapi takpe,berkorban untuk anak bangsa.
Minggu depan budak -budak Tahun 6 dah nak UPSR
Mohhh la kita pulun habis-habisan.
Habis hujung minggu kami minggu ni huhuhu

Friday, September 6, 2013

Berubah hati..

Salam
Pasir dipantai juga berubah
Inikan pula hati manusia.
Hihihihi dah mula berubah angin
Dari tudung cik pareedah sekarang beralih kepada shawl dan bawal semula
Sesekali ubah angin tak salah rasanya.
Ikut keselesaan diri sendiri kan
Stok-stok cik pareedah tu dah mula dia kosongkan sedikit demi sedikit.
Zaman saya meminati dan menggilai fareeda sudah berakhir rasanya.
Memilih penampilan yang lebih sederhana dan yang penting menutup aurat..insyallah

Sunday, September 1, 2013

Special Guest

Salam..
Masih dalam bulan Syawal.
Masih dalam mood raya lagi kan.
Tapi untuk cikgu macam saya ni dah tak berapa nak feel mood Raya tu.
Budak-budak nak UPSR lagi seminggu je lagi.
Kembang kuncup rasa perut ni..risaunya la.
Tapi budak-budak ni steady je nampaknya.
Khamis lepas kami menerima kunjungan tetamu istimewa lagi.
Kali ni kak Mimi dan keluarga datang bertandang ke rumah.
Terima kasih kak sudi datang singgah rumah kecil kami.
Andai ada kekurangan mohon maaf ye kak.
Harap jangan serik ye kak.
Seronok dapat jumpe insyallah ada rezeki lepas ni kita jumpe lagi ye.

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015