Sunday, March 30, 2014

Kuih bingka ubi

Salam semua..
Saja nak kongsi cerita pagi tadi
Berkesempatan ke pasar sari di Alor Gajah pagi tadi.
Asalnya nak mencari sayur dan ulam-ulaman.
Dalam berjalan tu kaki terhenti kat 1 gerai ni.
Jual kuih bingka ubi.
Ada bingka tepung juga dia jual tadi.
Nampak menarik terus minta beli RM2.
Dapat 2 keping..RM1 rupanya..
Balik rumah memang tak sabar nak merasa kuih bingka RM1 seketul tu.
Ooo rasa biasa-biasa saja..
Terkejut dengan harga bingka ubi mahal sampai macam tu.
Suami kata mungkin harga ubi pun dah mahal sekarang ni kot.
Rasanya tak wajar kuih macam tu dijual sebegitu rupa.
Lain kali kena jadi pengguna yang bijak rasanya.
Keputusan ditangan kita,tepuk dada tanya selera kan.
Disebabkan tak reti buat kuih tu maka ku beli la juga.

Tuesday, March 25, 2014

FAREWELL MH370

NST front page today

Salam semua..
Salam penuh kedukaan.
Sejak malam tadi tidur tidak lena.
Mendengar perkhabaran sedih yang melanda negara kita.
Allahuakhbar..sesungguhnya Allah yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Siapa kita untuk mempersoalkan itu dan ini.
Walaupun pengumuman rasmi yang telah dibuat oleh Perdana Menteri kita malam semalam
Bagai meragut separuh dari jiwa mereka yang menanti insan-insan tersayang yang terbang bersama pesawat malang MH370 itu
Namun itulah hakikat yang kita semua perlu terima.
Kadang-kala kenyataan dan kebenaran itu memang pahit.
Memudah-mudahan kesemua keluarga yang terlibat
Terutamanya rakyat Malaysia yang berada didalamnya
Tabah dengan ujian Allah ini.
Sesungguhnya inilah ketentuan Allah buat hambaNya.
Terjawab sudah segala persoalan berakhir sudah sebuah penantian..
Namun kita jangan putus berdoa.
Moga Allah mempermudahkan segala urusan dan usaha
dalam mencari apa yang dikehendaki dalam masa ini
Agar dapat merungkai segala teka teki..
Insyallah dengan izinNya segala usaha akan membuahkan hasil.
"We must not forget the courage of these leaders to stand and face the families, the press, answering every questions asked. I cant imagine how they feel to face the world and talked about the tragedy. Thank you Sir. We stand by you"

Terasa ingin berkongsi puisi yang dibaca dalam FB hari ni

Tamat nya penantian itu....

Jika nisan mu itu ombak,maka kami pasrah,
jika kubur mu itu didasar maka kami berserah,
semoga angin lautan Hindi Selatan menjadi talkin pd mereka yg m'jadi hamba Mu.
Qada dan qadar itu pun tlh tertulis
kun fayakun turut menggaris
jika itu takdirmu maka itu juga berlaku.
Bersemadi lah di sana
alam lautan yg m'jadi alam barzakh
Semoga kalian tenang di sana 
setenang laut yg tidur di kala subuh.
Dan kami..
Yg entah bila dijemput pulang utk tidur yg panjang cuma mampu mengutus doa dan mengirim simpati
sebagai wakil suram di hati..
Al fatihah...

Indian Ocean..please take good care of them
*Pagi tadi masa Erfan baca suratkhabar and he suddenly said.."Mummy, I can feel their sorrow on the lost of their love one" Allahuakhbar..mummy feels it too boy.Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan buat kami semua agar dapat melalui hari-hari mendatang dengan lebih tabah dan redha.

Saturday, March 22, 2014

Sedondon

Salam semua.
Time cuti sekolah ni ramai orang buat kenduri kawin kan.
Hari ni aje kami ada 3-4 undangan perkahwinan.
Yang sempat pegi 3 je..yang satu tu jauh sangat.
Tapi biasanya kalau jemputan kenduri rumah kawan-kawan yang area dekat-dekat rumah ni kami pegi bertiga je.
2 heroes tu mesti tak nak ikut.
Kalau rumah sedara mara memang kitaorg paksa ikut sama.
Tapi bila rumah kawan-kawan ni ada sedikit kelonggaran disitu.
Al-maklum dah besar tak suka sangat nak ikut bila majlis-majlis macam tu.
Sekarang ni kalau pegi jemputan orang kawin Mia dah pandai request nak pakai baju kurung.
Mujur ada 2-3 pasang baju kurung baru tempah untuk dia hari tu.
Lama tak buat baju kurung sedondon dengan dia.
Ni masa kenduri kawin anak saudara suami minggu lepas.
Happy dia dapat pakai baju sama dengan mummy.
Raya nanti kita buat baju kurung design sama ye sayang hihihi
Kain cotton ni beli di Bandung tahun lepas

Friday, March 21, 2014

Selamat Bercuti

Salam semua
Cuti sekolah tiba lagi.
Selamat Bercuti buat semua warga pendidik
Anak-anak yang bersekolah juga.
Semoga cuti dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Jangan lupa untuk kembali ke sekolah semula nanti..
Cuti seminggu saja ye..
Saya tetap ke sekolah awal-awal cuti ni.
Kelas tambahan berjalan seperti biasa..
Redha dengan tuntutan tugas yang satu ini

Friday, March 14, 2014

Tahniah Laxmanians..

Salam semua..
Rindu nak mencoret.
Tapi masa membataskan segalanya.
Minggu ni sibuk dengan olahraga.
3 hari "berkampung" di Stadium Hang Jebat.
Kejohanan Balapan & Padang kawasan Masjid Tanah untuk tahun 2014 sudah melabuhkan tirainya.
Syukur Alhamdulillah..kami berjaya merangkul 4 pingat emas,6 pingat gangsa dan 3 pingat perak.
Jauh lebih baik dari pencapaian tahun lepas.
Walaupun tiada rekod baru dihasilkan
Dan tidak berjaya menjadi kontijen sekolah rendah yang terbaik dan sekadar mendapat tempat ke3 sudah memadai bagi kami.
Lama sungguh menunggu saat ini..
Laxmanians bangkit kembali..
Terima kasih buat semua guru olahraga yang telah memberikan kerjasama.
Tahun depan kita cuba yang lebih baik lagi ye insyallah..

Sunday, March 9, 2014

PRAY FOR MH370

Salam semua..
Rakyat Malaysia sedang berduka.
Misteri kehilangan pesawat MAS MH370
Masih belum terungkai..
Ya Allah,kau yang berkuasa di sekelian alam ini.
Kau permudahkan la segala urusan.
Agar terlerai segala kekusutan.
Agar terjawab segala persoalan.
Hanya padaMu kami berserah.
Dan hanya padaMu juga kami berharap.
Kau perkenankan la doa hambaMu
Ya Allah..
Semoga Allah melindungi dan memelihara kesejahteraan semua penumpang dan anak-anak kapal didalamnya.
Teruskan berdoa..terus berusaha pasukan keselamatan Malaysia.
Insyallah pasti ketemu apa yang dicari.

Saturday, March 8, 2014

Chocolate cheese cake

Salam..
Sedap tak terkata.
Chocolate cheese cake ni.
Order dengan kawan lama.
Kawan zaman sekolah masa duduk Kangar dulu.
Kawan main basikal sama-sama dulu.
Tak sangka dapat jumpa balik.
Hilang rindu berpuluh tahun tak jumpe.
Kawan saya ni duduk KL.
Tapi ada masa weekend dia balik Alor Gajah.
Masa tu boleh ambil kesempatan untuk order.
Memang highly recommended!!
Kek tu tak kekal lama dalam fridge cepat je licin!!

Workload

Salam..
Lambakkan tugas!!
Segala-gala datang bertimpa-timpa.
Tengah ambik mood nak marking kertas ujian selaras tahun 6
Datang pulak arahan untuk buat Saringan 1 Linus BI bermula minggu depan.
Dah la minggu depan mula sibuk dengan Kejohanan Balapan dan Padang
Fuh!!Lap peluk kat dahi.
Tadi sebelum balik dapat surat kena hadir taklimat petang Rabu nanti.
Blur kejap!!Bukan mengeluh jauh sekali merungut.
Sekadar berkongsi semoga mendapat kekuatan untuk menempuh hari dan minggu yang padat minggu depan.
Insyallah...

*Esok kami nak ke Johor makan nasi minyak di Kluang..jauhnya la kan *

Thursday, March 6, 2014

Ya Allah turunkan la hujan

Salam semua..
Panas membahang sekarang ni kan..
Rumput-rumput pun dah tak menghijau lagi.
Rindunya nak dengar bunyi hujan.
Serius cemburu bila baca status fb kawan-kawan.
Hujan turun dengan lebat ditempat mereka.
Huhuhu kenapa la kat sini tak hujan-hujan.
Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik disebalik setiap kedian kan..
Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.
Teringat kata-kata seorang ustaz kat sekolah kami.
Allah sedang menguji dan menduga hambaNya..
Insyallah kita semua pasti mampu menghadapi ujian kecil ini kan.
Semoga Allah terus melimpahkan rahmatNya buat kita.
Mudah-mudahan bumi Melaka khasnya Masjid Tanah ni akan diturunkan hujan tak lama lagi..

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015