Saturday, May 31, 2014

DENGGI

image credit to google
As-salam semua
Sejak akhir-akhir ini banyak betul kes denggi.
Rasanya kalau kat Masjid Tanah ni asyik fogging je.
Kat kawasan perumahan kitaorang ni pun
dalam bulan ni dah berapa kali fogging.
Agaknya memang kes denggi meningkat kot.
Macam baru-baru ni ada team denggi datang check jentik2
dari rumah ke rumah
Alhamdulillah takde seekor pun yang dijumpai kat rumah kami
Walaupun rumah kitaorang banyak pokok bunga 
tapi memang berjaga dan hari-hari pantau keadaan
kalau-kalau ada air bertakung atau nyamuk bertelurkan
takut la juga..beringat sebelum kena
Semoga kita semua akan sentiasa dilindungi..insyallah

Pagi SABTU

As-salam..
Di pagi Sabtu yang damai.
Dikala musim cuti sekolah.
Banyak jemputan kenduri kawin.
Saya masih setia disini.
Melunaskan tuntutan tugas yang belum selesai.
Selagi UPSR tak kunjung tiba
Selagai itulah mengadap kelas tambahan.
Saya ikhlas menggalas tanggungjawab ini.
Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan oleh mereka.
Mudah-mudahan mereka mendapat keberkataan dariNya.
Berjaya dalam UPSR nanti..insyallah

Thursday, May 29, 2014

Majlis di KINGS Hotel

As-salam semua..
Cerita petang Selasa.
27 Mei 2014..
Selesai Majlis Persaraan di sekolah pagi tu
Sebelah petang kami ada majlis bersama mereka yang akan bersara di Kings Hotel 
Anjuran Kelab Staff SK Sri Laksamana.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar..
Makanan pun sedap.
Selesai makan-makan ada slot khas buat insan-insan yang diraikan pada hari itu.
Geng KOIR SKSL
Nyanyian 3 buah lagu oleh warga SKSL buat mereka.
Air Supply & Broery tu lagu favourite Guru Besar

Time ni perasaan sebak dan hiba datang menderu-deru.
Baru 1st song suara dah tersekat kat kerongkong menahan hiba.
Lebih hiba bila Guru Besar kami bangun dari tempat duduk dia dan join kami sama-sama masa tu.
Owh pilunya rasa..mungkin dia pun tak sanggup nak mengadap cikgu-cikgu time ni.
Nanti kalau nangis hilang la macho kan hihihi

Kedua-dua mereka bersama keluarga tersayang
Selesai majlis tiba masa untuk ucapankan selamat tinggal buat kedua-duanya..
Sedih memang sedih
tapi adat kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Ada rezeki panjang umur kita jumpe lagi nanti.
Buat Guru Besar tersayang,jaga diri,jaga kesihatan.
Sedih sebab tak dapat berkhidmat bersama lagi..
tak dapat berguru besar dengan En.Hamzah lagi.
Guru Besar kami ni terpaksa bersara awal atas masalah kesihatan.
Itu yang buat kami warga SK Sri Laksamana rasa agak berat hati untuk melepaskan dia pegi.
Walau apa pun kami tetap mendoakan yang terbaik buat beliau.
Terima Kasih atas segala bimbingan dan teguran selama ini.
Walau hilang dimata,insyallah dihati kami tak akan melupakan cikgu..
Kata orang "PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI"
tapi yang datang nanti pasti tak kan sama seperti dengan cikgu Hamzah
FAREWELL

Thanks for everything cikgu,I'm proud and happy to be one of your staff

Majlis Persaraan Sir Zahari

Majlis Persaraan kedua di SKSL untuk 2014
Gambar sir masa di sekolah tak jumpe cari pula

Gambar wajib dengan BFF
Salam..
Satu lagi Majlis Persaraan diadakan pada hari Selasa 27 Mei 2014 baru ni.
Seorang rakan guru telah pun bersara wajib pada hari tersebut.
Kami kehilangan seorang rakan panitia.
Nampaknya naik cuti ni kalau takde guru baru kekurangan Guru Bahasa Inggeris la kami..
Alhamdulillah majlis pada hari itu berjalan lancar seperti yang dirancang.
Walaupun sebaik selesai acara di dewan hujan turun dengan lebat.
Risau juga tak dapat buat acara send off lepas tu.
Tapi syukurlah Allah sentiasa mendengar doa hambaNya.
Hujan berhenti sebaik kami nak aturkan murid-murid
Untuk acara send off.
Buat Sir Zahari,semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.
Semoga hidup lebih ceria dan berbahagia disamping keluarga tercinta.
Terima kasih atas segalanya..ada rezeki kita jumpe lagi.

Geng bas sekolah SKSL
Acara wajib lepas kemas dewan

Syok bila ada geng sawan camera ni

Bersama 2 HERO SKSL

Saturday, May 24, 2014

Majlis Persaraan Guru Besar 23.5.2014

Salam..
Cerita hari Jumaat.
Telah diadakan Majlis Lambaian Kasih,Sanjungan Budi untuk
Guru Besar bersama anak-anak SK Sri Laksamana.
Alhamdulillah..majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.
Semua guru dan staff juga berpakaian mengikut tema untuk hari itu.
Kami dah tetapkan tema 'Aqua'(biru laut / turqoise) untuk hari Jumaat.
Sebab itu warna kegemaran guru besar kami.
Sekarang ni tengah sibuk sesangat.
Berdebar tunggu Majlis Rasmi dan send off GB  Isnin ni.
Selasa satu lagi Guru Akademik Biasa bakal bersara.
Letih memang tak terkira..tapi dah berjanji nak buat yang terbaik buat mereka.
Moga Allah memberkati usaha kami dan semuanya berjalan seperti yang dirancang..
Insyallah.

Sunday, May 18, 2014

Happy Birthday Daddy

HAPPY BIRTHDAY DADDY
Salam semua..
Cerita hari Ahad
18 Mei 2014..birthday suami tersayang yang ke 46.
Happy Birthday Daddy..
Moga Allah limpahkan rahmatNya keatas daddy selalu..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik 
Agar dapat menjaga kami selama-lamanya..
Dimurahkan rezeki selalu supaya kita dapat buat apa yang kita suka juga hihihi
Kami just keluar makan anak beranak je tadi.,
Alhamdulillah dan syukur dengan nikmat dan kesempatan yang Allah kurniakan

Hujan lebat masa kami keluar ni..Uncomplete selfie..abang Ez malas nak layan mummy dia 

Daddy's fav girl

Credit to google
 
Cerita Sabtu

Salam semua..
Ni cerita hari Sabtu.
Sehari selepas Sambutan Hari Guru disekolah
Kami warga Sri Laksamana ada gotong-royong pula.
Sebagai persiapan untuk Majlis Persaraan Guru Besar dan seorang guru  tak berapa hari lagi.
Dengan rasa rela hati masing-masing ke sekolah pagi tu.
Ada yang mengecat, ada yang melukis,ada yang memanjat dan ada yang mengantung.
Segala macam aksi dapat dilihat.
Dari sebelum hujan sampai hujan turun dengan lebat dan berhenti semula..
kami semua masih setia dengan tugas masing-masing.
Alhamdulillah..semuanya demi seorang pentadbir yang kami sanjungi.
Meh nak kongsi sedikit gambar semasa gotong-royong dijalankan

"Bengkel KH & RBT"

Tekun masing-masing mewarna

GPK 1 pun turun padang hari ni
Group kami hias 2 buah pondok bacaan di bahagian depan
Pondok LINUS 

Hujan bukan halangan

Team panjat memanjat

Laluan ke Dewan makin ceria

Selepas hujan teduh!!
 *SEMOGA MAJLIS-MAJLIS YANG DIRANCANG NANTI BERJALAN DENGAN JAYANYA,INSYALLAH
 
Saturday, May 17, 2014

Sambutan Hari Guru kami

Salam..
Ini cerita semalam
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah
Meriah dan penuh bermakna buat kami
Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan lancar.
Walaupun dibuat digelanggang terbuka sekolah saja.
Yang penting guru-guru semua dapat released tension sekejap hari tu

Sambutan HARI GURU yang terakhir dengan Guru Besar yang ini
Kek dari YB kawasan Masjid Tanah
Rakan sekerja
Main Futsal sampai nak pengsan
Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin terus utuh dan erat..

Tuesday, May 13, 2014

Cerita HARI IBU

Salam semua..
Kami tak pernah sambut Hari Ibu
Sebab saya dan suami sentiasa terapkan pada anak-anak
Menghargai mummy & daddy mereka setiap hari
Maka kerana itu tak pernah ada istilah Hari Ibu dalam keluarga kami
Tapi Sabtu lepas Erfan balik dari sekolah ganti..
Dia tunjukkan Mother's Day card yang dibuatnya didalam kelas
Terharu dan terasa diri dihargai..
Syukur..semoga dia terus menghargai dan menyayangi mummy dia ni sampai bila-bila.
Esoknya masa keluar bersama anak-anak macam biasa buat aktiviti
Terapi Minda ~ S.H.O.P.P.I.N.G ~
Beli kasut untuk diri sendiri terasa satu kepuasan..

Bukan hadiah Hari Ibu tapi hadiah buat diri sendiri sebab sekolah  6 hari minggu ni

Monday, May 12, 2014

Alhamdulillah..13 Tahun sudah

Salam semua..
12 Mei 2014 genap 13 tahun usia perkahwinan kami.
Throwback...13tahun yang lalu
Syukur alhamdulillah..pelbagai cabaran dan dugaan telah pun kami lalui bersama.
Mudah-mudahan kasih sayang antara kami kekal hingga ke Jannah
Kebahagian hidup dikecapi bersama anak-anak tersayang juga kekal buat selamanya.
Thank You Abang..thanks for everything
Terima kasih tuan penaja untuk hadiah ini

Mei bulan penuh dengan sambutan buat kami..
More celebration coming in this month!!!

Saturday, May 10, 2014

Cerita Sabtu

Salam semua
Cerita pagi tadi.
Kami bersekolah hari ni.
Sekolah ganti
Untuk cuti Hari Raya Aidilfitri
Bersekolah 6 hari minggu ni
Huarrrgggh macam tak cukup rehat minggu ni
Esok dah Ahad
Mujur la Selasa cuti umumkan.
Dapat la qada rehat hihihi
Apa plan nak buat esok ye??

Wednesday, May 7, 2014

Selfie ke selfish??

Salam
Lama tak update.
Tak cerita best + busy tahap gaban.
Macam-macam program kat sekolah sekarang ni.
Nak share gambar berselfie dengan kawan-kawan.
Ada yang tegur sakan benar berselfie!!
Biarlah!!Pada saya biar gile berselfie
Dari bersikap selfish kan!
More update to come!!!

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015