Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalam semua..
Alhamdulillah..bertemu lagi kita dengan Ramadhan kali ini.
Semoga kehadiran bulan penuh keberkatan ini memberi kita peluang menggandakan amalan dan pahala.
Semoga bulan Ramadhan kali ini juga dapat kita lalui dengan lebih baik dan sempurna dari tahun sebelumnya..
Insyallah..
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua

Sunday, June 22, 2014

El-Nino

Assalam semua..
Cuaca panas melampau sejak akhir-akhir ni kan.
Kesan El-Nino yang melanda negara kita dah mula terasa.
Duduk dalam rumah pun rasa berbahang saja.
Balik sekolah turun kereta terus memerap dalam rumah.
Siang anak-anak semua duduk dalam satu bilik.
Tengok tv kat bilik depan.
Pasang 1 econ je..(letrik nak kena jimat juga)
Malam baru pasang econ bilik masing-masing.
Minum air pun sehari dah berliter-liter rasanya sekarang ni.
Paling tak tahan duduk dalam rumah pun boleh kena sakit kepala.
Macam mana la nak buat aktiviti luar ni.
Khamis petang ni ada Sukan Tahunan Sekolah.
Harap-harap mampu untuk mengharunginya.
Bulan Ramadhan pun bakal menjelma tak lama lagi.
Dugaan buat anak-anak berpuasa dalam keadaan cuaca begini kan.
Sama-sama kita jaga kesihatan diri dan keluarga.
Minum air yang mencukupi tau..
Banyak cerita nak share nanti ni.
Tapi tengah sibuk sangat2 ni.
Minggu sukan minggu ni faham-faham je la.
Owh ye..kitaorang dah dapat GURU BESAR baru..
Nanti kita share la ye

Wednesday, June 18, 2014

Kisah BIHUN

Assalam semua..
Baru-baru ni dalam berita keluar kisah pasal BIHUN kan.
Bihun Cap Masjid Istimewa katanya..

Memang istimewa la sangat cara pembuatannya kan!!
Geli geleman la tekak bila tengok tu.

Takut nak makan bihun kalau yang beli kat luar.

Sebab kita tak tahu orang yang masak tu guna jenama apa kan.
Kalau kat rumah kami biasanya guna brand Jasmine atau Faiza.

Lepas ni cari je apa-apa brand bumiputera Islam yang kita yakini pembuatannya.
Nak tuduh sana tuduh sini pun tak guna kan..
Benda dah jadi dah berpulu tahun juga syarikat bihun tu beroperasi.
Kenapa selamanya takde yang perasan ke??
Lepas ni memang kena lebih berhati-hati.
Dengan apa yang kita beli untuk jadi bahan makanan.
Kita pengguna..pilihan ditangan kita.
Tepuk dada,tanya hati..yang pasti perlu yakin dan tanpa was-was
Antara jenama BIHUN buatan BUMIPUTERA ISLAM

Tuesday, June 17, 2014

Milo dan roti

Assalam semua.
Dah kembali ke sekolah semula kan.
Kembali ke alam realiti.
Dengan murid-murid..dengan timbunan kerja juga.
Hari ni nak share sesuatu tentang tuan tanah.
Tak ngata orang haih!!
Baru ni tengok ada kawan kat FB tunjuk dia makan roti tabur Milo.
Adeh jakun la hamba sebentar wei.
Mana tak jakunnya..sepanjang 35tahun usia ni
Tak pernah tahu pun ada kaedah makan roti macam tu.
Dulu time kecik-kecik biasanya makan roti sapu jem,
sapu peanut butter with jelly,sapu nutella..
paling-paling sapu planta tabur gula.
Bila tengok kawan tu buat berkobar-kobar nak buat.
Tapi buat sorok-sorok supaya anak-anak tak nampak.
Bukan amalan yang baik untuk anak-anak tiru.

(Sebenarnya malaskan milo berterabur hihihi)
Sekali cuba terus jatuh hati..maka secara tak langsung dah jadi ketagih!!
Tapi tak bagus untuk diamalkan kalau ada diabetes ni.
Korang..biasa buat tak benda ni???

MILO TABUR..SKILL MENABUR TU KENA IMPROVE LAGI NAMPAKNYA

Monday, June 16, 2014

Cabaran Hari Pertama

Assalam semua..
Welcome back to school teachers.
Phewwwwh hari pertama sekolah setelah bercuti agak panjang sangat mencabar buat saya.
2 minggu lebih syok je duduk rumah.
Buat segala aktiviti yang kita suka..
Hari ni nak tuned balil badan untuk kembali bekerja.
Rasa nak pengsan!!
Dah la nak sukan tahunan sekolah ni.
Ada 1 lagi majlis persaraan nak kena hadap hujung minggu ni.
Sabtu sekolah ganti,ada hari terbuka.
Tak dilupa tugas hakiki mengajar berjalan seperti biasa.
Huwawawa nak nangis rasanya.
Kalau tak kuat mental dan fizikal memang boleh tumbang dibuatnya.
Benar la kata orang..
Guru ni kan lilin..
Sanggup bekorban apa saja yang penting tugas diberi dilaksanakan sebaik mungkin..insyallah

Sunday, June 15, 2014

Kembali ke sekolah

Assalam semua..
Mencuri masa dalam sedikit dalam kesibukkan.
Menyiapkan peralatan anak-anak untuk kembali ke sekolah.
Menyiapkan mental dan emosi sendiri untuk berdepan dengan tugas.
Setelah cuti hampir dua minggu lebih sudah tiba untuk kembali menggalas tugas.
Banyak tugasan menanti dan perlu diselesaikan dalam tempoh 2 minggu sebelum Ramadhan ni.
Fuh!! Lap peluh jap..
Ada masa lapang..masa terluang kita jumpe lagi nanti ye..

Friday, June 13, 2014

Projek Hari Ini??

Assalam semua.
Salam Jumaat buat yang sedang bekerja.Kerja rajin-rajin ye.
Cuti sekolah pertengahan tahun telah pun hampir ke penghujungnya.
Cuti sekolah kali ini memang kami tak kemana-mana.
Maksud tak kemana-mana disini takde banyak anak-anak bercuti.
Takde check in kat mana-mana hotel pun.
Sebabnya fokus pada orang nak UPSR tu dulu hah.
Penuh dengan kelas tambahankan..
Tapi budak-budak ni ada juga balik duduk Seremban beberapa hari baru ini.
Kitaorang ada juga bawak diaorang turun KL minggu lepas.
Tawaf shopping mall macam biasa la kan.
Cuma tiada yang istimewanya kali ini.
Takpe la anak-anak ye..ada rezeki,panjang umur hujung tahun nanti kita jalan-jalan.
Kita qada' semula cuti-cuti yang tertunda ni ye..ngehehehe (mummy dia yang lebih part ni!!)
Ok berbalik pada cerita projek hari ini.
Planning dah lama cuma hari tu tak tercapai sebab budak-budak ni kat Seremban.
So hari ini baru dapat nak laksanakannya..
Nak bawak budak kecik yang selalu feeling ala-ala princess Aurora ni pi tengok wayang.
Abang-abanga dan daddy terpaksa la redha ye.
Petang ni kita pegi tengok MALEFICENT
Credit to GOOGLE 
Ramai yang dah pegi tengokkan..rata-rata bagi good review.
Itu yang buat kami tak sabar nak tengok petang ni.
Ticket pun dah booked online.
Gigih Subuh hari mummy korang buat online booking ^ - ^
Hopefully cik Mia dan abang-abangnya will enjoy the movie and gain something good from it too.
Meh nak bagi tengok sikit official trailer movie ni.

Thursday, June 12, 2014

Lesen Baru

Assalam semua..
Hari ni nak kongsi cerita lesen baru.
Rupa-rupanya 8 hari yang lepas bawak kereta dengan lesen yang dah "kiok"
Phewww..lap peluh jap!!
Mujur takde apa-apa or kena saman ke kan.
Macam mana la boleh lupa lesen expired time birthday.
Nampak benar dah meningkat usianya.
Semalam on the way nak balik dari Seremban baru teringat!
Pagi ni pulak daddy budak-budak ni awal-awal lagi dah ke sekolah.
Kelas tambahan mula pukul 8.
Maka dengan penuh tawakkal,kita pegi pejabat pos untuk renew lesen.
Yeah!! Orang tak ramai, tak sampai 10 minit dah settle.
Dapat lesen baru yang tak bestnya dia sedut gambar dari ic.
Gambar dalam ic tu muka kembang huhuhu (walaupun sekarang tak berapa nak susut)
tapi kalau boleh nak guna gambar terkini!!
Budak tu kata kalau nak guna gambar terkini kena pegi JPJ kak..
takpe la I redha!! 2 tahun je pun,tak lama huhuhu

Tengok lesen lama tu terasa dah tua benar dah..maklumla tu gambar lepasan SPM huhuhu

Wednesday, June 11, 2014

50sen

Add caption
Assalam semua..
Hobi yang tak pernah padam.
Sejak dari zaman sekolah sampai dah keje.
Dah ada duit gaji sendiri.
Minat menabung masih tak pernah padam.
Syukur..alhamdulillah..
Tapi saya suka simpan syiling 50 sen je.
Kalau dulu zaman sekolah menabung sebab nak beli sesuatu.
Tapi sekarang menabung saja suka-suka je.
Alhamdulillah anak-anak semua pun suka menabung juga.
Melentur buluh biar dari rebungnya kan.
Harap-harap bila mereka menabung ni,
mereka tahu menghargai nilai wang itu sendiri kan.

Sunday, June 8, 2014

Halfmoon Shawl

Assalam semua..
Hari ni terasa nak share cerita pasal halfmoon shawl ni
Beli dari seorang kawan.
Mula-mula beli sehelai je.
Nak try dulu..takut material kain tu tak berkenan dihati.
Tapi bila dah pakai alhamdulillah..suka pulak
Terus jatuh hati..dan terus menambah order lagi.
Nak share sikit whatsapp msg dengan dia hari tu :-)
Suka halfmoon shawl dia ni sebab plain tapi ada sulam ditepi.
Dah yang paling penting senang nak bentuk dan dipakai..
Sesiapa yang berhajat nak try boleh try jenguk-jenguk FB INI
Ada banyak pilihan warna
Yang baru order tu maroon dan medium green

Friday, June 6, 2014

Roti sarang lebah

Assalam semua..
Lagi cerita tentang makan.
Kali ni pasal roti sarang lebah.
Banyak nampak orang dok promote roti ni.
Teringin la nak rasakan..
Maka order la dengan sorang kawan.
Yang memang buat bisnes homemade bakery.
Roti ni makan dengan butterscotch sos..
Ok la rasanya not bad.
Boleh tempah lagi next time..

Wednesday, June 4, 2014

~*SAYA 35 TAHUN HARI INI*~

credit to google
As-salam..
Syukur Alhamdulillah..
4 Jun 2014
35 tahun sudah hari ini.
Allah masih kurniakan saya kesihatan yang baik untuk tempoh ini.
Allah masih izinkan saya merasa nikmat dunia.
Alhamdulillah..
Dikala usia menginjak 35 tahun ini hidup lebih bermakna rasanya.
Melalui hari-hari dengan lebih matang.
Dan bahagia disamping insan-insan tersayang.
Semoga Allah masih beri saya kesempatan
Untuk melalui hari-hari esok dengan kesihatan yang baik.
Dan dimurahkan rezeki selalu.
Semoga segala apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya..insyallah

Tuesday, June 3, 2014

Mee Kari

Mee Kari

As-salam semua
Seperti yang dijanjikan..
Cuti sekolah masa untuk melayan tekak anak-anak..
Untuk hari ini menu mee kari untuk lunch.
Telan-telan air liur tengok Ez dan daddy dia makan.
Mee kicap untuk Erfan dan Mia.
Asalnya budak berdua ni nak mee kicap macam kitaorang makan kat Ipoh.
Jauh benar pulak nak pegi makan mee kicap tu.
Maka mummy diaorang ni pun buatkan mee kicap
Versi sendiri..ok la kot tu.
Sebab Mia makan bertambah-tambah nampaknya.
Esok nak makan apa pulak ye anak-anak..

Teringat-ingat mee kicap kat Ipoh tu hah!! *throwback*

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015