Monday, December 29, 2014

Di tangguhkan seminggu

Assalam
Pagi tadi secara rasminya
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran
Mengumumkan tarikh persekolahan 2015 yang sepatutnya bermula pada 4 Januari 2015 bagi negeri Melaka dan negeri seangkatan denganya di tunda ke satu tarikh baru.
Alhamdulillah semoga menjelang tarikh baru itu nanti keadaan banjir di negeri-negeri terjejas sudah reda.
Walaupun untuk mengemas dan mengembalikan keadaan sekolah-sekolah asal pasti mengambil masa yang lebih lama.
Sekurang-kurangnya tarikh baru itu dapat memberi sedikit kelegaan pada guru-guru dan murid-murid yang kini sedang menjadi mangsa banjir.
Sama-sama kita doakan semoga keadaan ini kembali seperti sediakala secepat mungkin.
" Semoga semua mangsa diberi ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian dr Allah. Bersangka baik pada Allah. Allah Maha Mengetahui. Allah akan ganti dengan yang lebih baik. In Sya Allah.

Monday, December 22, 2014

*THE LEGEND CHERATING*

Assalam semua..
Sambungan dari entry Gambang Water Park.
Keluar dari Water Park kami terus ke Cherating..
Memang awal-awal lagi dah plan nak overnight kat sana.
Lama dah tak ke Legend Cherating ni.
Last pegi masa tu 2010,Mia pun belum ada lagi masa tu.
Sepanjang jalan pun hujan lebat sangat.
Risau juga masa ni sebab dapat info 
ada certain area kat Kuantan dah banjir time ni
Alhamdulillah around 4 something kami selamat sampai.
Checked in dan terus masuk bilik..
Baru plan nak luruskan pinggang budak-budak dah ajar turun pool.
 
Dari balcony bilik kami nampak pantai..

Angin kuat sangat..laut bergelora.
Ombak pun ganas..takut menengoknya
Anak-anak pun jakun+ takut tengok ombak besar menghempas pantai.
Biasa tengok ombak Selat Melaka je
berbeza sangat la dengan Laut China Selatan kan..
Ajak jalan-jalan ke pantai pun tak mahu masing-masing..
 
Budak-budak mandi sekejap lepas tu hujan lebat..
Walaupun half of the pool area under renovation
tapi dapat juga budak-budak ni berkubang
sebab pool kat Legend Cherating ni besar..
Kami dinner kat kedai makan seberang jalan nak masuk ke Legend tu je.
Kedainya bersih dan tak ada kucing
Makanannya pun sedap dan harga juga berpatutan.
 Nama kedai tak ingat hihihi.
Pagi esoknya lepas breakfast kat coffee house 
kasi chance budak kecik berdua ni berkubang lagi..
Tapi sebelum tu sempat la main games seround dua kat area lobby tu
Naik angin Erfan ngajar adiknya main table soccer ni

Dalam pukul 9 ajak naik mula-mula tu tak mahu.
Sekali hujan mencurah turun mencicit masing-masing lari.
Next destination..Kuala Terengganu

Sunday, December 21, 2014

~GAMBANG WATER PARK~

Assalam semua..
Seminggu menghilang..
Tinggalkan rumah untuk beberapa hari.
Dihujung-hujung cuti persekolahan.
Bawa anak-anak berjalan.
Jalan dekat-dekat aje..kami ke Gambang Water Park.
 
Orang dah lama sampai kita baru 1st time nak terjah kan
Pagi tu gerak dari rumah lepas solat Subuh.
Memang target sampai sana singgah Gambang dulu.
Sepanjang jalan hujan saja.
Berdoa juga jangan la kami berjumpa banjir dalam perjalanan tu kan.
Alhamdulillah..dalam pukul 10.30 sampai 
Masa sampai tu hujan renyai-renyai.
Settle sewa cabana,tube dan locker  anak-anak dah tak sabar nak masuk air.
Orang tak berapa nak ramai tapi macam ada company buat function hari tu.
Ingat nak sewa cabana kat penguin island tapi dah full.
Kami sewa cabana paling hujung kat laluan nak ke penguin island tu.
Kira berdepan dengan rental area tu la..
nak tinggalkan barang kat situ pun kira selamat la juga.
Cuma hp & wallet kami simpan dalam locker.
Tempat ni memang best..anak-anak happy sangat.
Harga ticket pun berpatutan..
Dewasa RM28,kanak-kanak RM20
Lama dah tak pergi water park.
Bila anak-anak dah besar ni seronok pulak.
Semua pun boleh try..kalau tak dulu berkira-kira nak cuba.
Sekarang anak-anak dah boleh jadi kawan hihi
Kami sempat naik family raft.
Tapi gambar nando..hp dan camera masa tu simpan dalam locker
Kami masuk Glacier River tu 3 round..
Melayan anak-anak..seronok bila ombak datang masa kat dalam tu
Overall tempat ni memang awesome..
Insyallah ada rezeki boleh repeat lagi la tahun depan.
 Lepas ni boleh selalu la pegi water park ye anak-anak
Belakang tu Aqua Play
Gigih Erfan dan Mia tunggu air kat atas tu penuh 

Bila dah penuh air tu gedebush jatuh bersepah pulak dia lari
Dah berani turun naik slide sendiri..kitaorang monitor dari jauh je
Erfan ni memang jumpa air "berhantu"

Ni tengah tunggu adik-adik nak ajak pegi wave pool

Ni cabana kami..masa ni nak balik dah

Cabana ni rental for RM40+RM10  refundable deposit

Tuesday, December 16, 2014

Kisah Mia dan long skirtnya

Assalam semua..
Baru-baru ni belikan Mia long skirt.
Dari seorang rakan semasa di Maktab.
Dia jual online juga..
Suka Mia bila dapat pakai long skirt macam ni.
Memang feeling habis la cik kak sorang ni hah.
Lepas ni bolehlah beli lagi..
Cuma mummy ko je malas melayan ko pakai macam ni dik.
Mengerbang-ngerbang mummy rasa.
Sesekali ok la kot.
 Sesiapa ada anak perempuan boleh la cuci mata kat 
page FB kawan saya ni 
cari page SKIRTIEST
Ada sehelai lagi colour pink tapi takde blouse yang sesuai nak matching kan lagi 

Monday, December 15, 2014

Siap sudah..ALHAMDULILLAH..

Assalam semua..
Ingat tak kisah rumah kami kat Seremban tu.
Yang dibuat sedikit ubah suai dibahagian bawah.
Baru-baru ini ruang yang ditambah tu.
Dah pun siap sepenuhnya..
Alhamdulillah..siap sudah.
Lega..
Kami cuma tambah 1 lagi bilik dibawah beserta bilik air & tandas,

Abaikan budak kecik yang dah tergolek dalam bilik ni..

Ruangan keluarga kat bahagian bawah tu juga.
 Memadailah untuk setakat ini.
Bahagian yang ditambah

Naikkan tembok sikit di bahagian sini
Maka awal-awal cuti hari tu.
Kami dok mengulang alik la mengemas apa yang patut.
Yang pasti rumput kat bahagian tepi tu ada yang dah rosak.
Dan perlu dibaik pulih..kena tanam rumput baru.
Entah bila nak balik mengajar kat Seremban ni pun tak tahu la

Friday, December 12, 2014

Hobi lama muncul kembali

Assalam semua..
Lama sungguh tak dapat melaksanakan hobi yang satu ini.
Nama pun hobikan..
Dijalankan bila ada masa lapang.
Cuti-cuti sekolah ni..
Dengan masa yang ada kita cuba ambil mood.
Untuk meneruskan semula hobi yang satu ini.
Membaca novel..
Stok novel yang belum dibaca kemain banyak kat rak.
Yang belum dibuka plastiknya pun ada.
Bila tengok semua tu mula la rasa bersalah.
Rasa membazir pun ada.
Untuk menutup semua rasa dan perasaan negatif tu.
Moh ler kita membaca..

Thursday, December 11, 2014

Dr Mia

Selesai sudah pendidikan prasekolah

Assalam semua..
Nak share gambar sebelum tamat Prasekolah hari tu.
Selain dari gambar dengan jubah dan scroll tu.
Budak prasekolah ni juga diberi peluang
Bergambar dengan costume cita-cita masing-masing.
Ada yang nak jadi polis, tentera, bomba, pilot dan banyak lagi.
Cik Mia pilih nak jadi doktor.
Memandangkan mummy Mia ada kat sekolah tu
Maka bila dekat-dekat turn Mia tu cikgu dia call.
Ajak bergambar sekali.
Itu dia Dr Mia tembam sedang beraksi

Dulu-dulu kalau tanya dah besar nak jadi apa.
Mia selalu jawab nak jadi cikgu.
Siap cakap jadi cikgu boleh pegi mesyuarat selalu macam mummy.
*oohoi!! Ingat best sangat agaknya kena mesyuarat tu dik.*
Tapi sekarang dah tak nak jadi cikgu.
Cikgu kena garang-garang macam mummy.
*Semuanya jadikan mummy ko sebagai icon kan!!*
Mia nak jadi doktor.Boleh tolong orang.
Tolong atuk, tolong nanny..tolong semua orang.
Ok bab ni mummy suka..mulia hati ko dik hihihi
Semoga tercapai cita-cita nak jadi Doktor ye Mia.
Begitulah kan kanak-kanak ni.
Sama macam kita zaman kanak-kanak dulu.
Selagi tak membesar selagi tu bertukar-tukar cita-citanya.
Walau apa pun semoga Mia terus membesar sebagai anak yang solehah ye.
Menjadi kebanggaan keluarga.

Monday, December 8, 2014

PREPARATION BACK TO SCHOOL

Assalam semua..
Minggu lepas dah berjaya settle kan 90%
kelengkapan sekolah anak-anak untuk 2015.
Dari kasut,baju dan beg sekolah semua dah settle.
Termasuk kelengkapan alat tulis..
Tinggal 10% tu untuk beli buku tulis
di Koperasi sekolah je lagi.
Alhamdulillah..lega.
Kami beli brand Canggih je senang..3 pasang sorang

Alatulis..since pegi beli on Saturday no plastic bag

Ok lega semua dah hampir selesai baru boleh fikir nak cuti-cuti.
Harga barang semua dah mahal sekarang ni kan..
Anak tiga orang pun lap peluh laju-laju rasanya..
kalau orang anak lagi ramai tu macam mana la ye.
Menang kena berbelanja berhemah sungguh.

Sunday, December 7, 2014

Result UPSR EZHAN & sekolah

Assalam semua...
Nak kongsi cerita result UPSR anak bujang saya.
UPSR 2014 baru ni dia dapat 4A1B
Syukur alhamdulillah..
B nya Sains 

Walau tak cemerlang orang lain 
tapi mummy syukur sangat Ez dengan result tu.
Dia dah berusaha dan mencuba yang terbaik
Rezeki setakat itu saja maka kita perlu redha.
Sebagai ibu & guru tahun 6
tipu la  kalau kata tak frust.
Hari result keluar tu frust sampai sakit kepala.
Tak marah pun pada dia cuma mummy frust dengan diri sendiri.
Berfikir-fikir dalam kepala ni.
Macam mummy tak all out untuk tolong Ez..kesian pada dia pun ye juga.
Tapi esoknya bangun fikir semula..
baca balik mesej2 yang kawan-kawan sekolah hantar.
Terus tersedar sepatutnya kita redha dengan rezeki dariNya.
Mungkin belum rezeki yang berjaya dengan cemerlang.
Insyallah di sekolah menengah nanti ada 2 lagi peperiksaan besar
untuk Ez buktikan..
Mummy & daddy sentiasa doakan
Semoga Ezhan berjaya didunia dan akhirat..insyallah
Apa-apa pun sebagai guru tahun 6 tahun ini kami happy
result sekolah ada lonjakkan & peningkatan 
disebalik duka Allah selitkan berita gembira..
Alhamdulillah

Bangga bila nama sekolah terpapar disitu..dapat GB naik stage ambil sijil
Hadiah terindah

Kami warga SK Sri Laksamana dedikasikan kejayaan cemerlang ini
buat mantan arwah Guru Besar kami.
Kalau dia masih ada mesti dia insan yang paling gembira..
sayang kami tak dapat berkongsi kejayaan ini dengan beliau..
Al-fatihah..

FAMILY DAY LAXMANIANS 2014

Assalam semua..
Cerita tentang family day sekolah.
Pada 16 November lepas.
Buat pantai Kuala Linggi.
Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.
Lama dah Kelab Staff plan tapi asyik tak jadi je.
Maklum la staff ramai..
Hari tu pun tak semua dapat join.
Kami pun pergi berempat saja.
Sebab minggu tu Ezhan ada lawatan sekolah ke Pulau Pangkor & Cameron Highland.

Dimulakan dengan senamrobik beramai-ramai
Kemudian cari group/family bina istana pasir
 
Group Bina Istana Pasir kami yang kekurangan ahli keluarga ;-)

Gambar candid 2 beradik yang menyentuh hati
Berkayak

Overall program memang berjalan lancar dan berjaya.
Sebagai salah sorang AJK Kelab Staff cukup happy dengan kerjasama yang diberikan.
Ada rezeki tahun depan kita plan lagi.
Buat tempat lain pula kan..insyallah

Copyright to EMY OMAR
Designed by UMIESUEstudio 2015